Rabu, 4 Disember 2013

Implikasi Perundangan Bertukar Agama Ke Agama Islam - Dokumen Daripada Konferensi Biskop Katolik Malaysia



Dokumen Yang Dikeluarkan Oleh Konferensi Biskop Katolik Malaysia

IMPLIKASI PERUNDANGAN BERTUKAR AGAMA KE AGAMA ISLAM


Saudara-saudari yang dikasihi dalam Tuhan,

Sekiranya anda menukar agama ke agama Islam, anda akan mengalami perubahan penting dalam status anda di bawah undang-undang, dan dalam apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan. Penukaran agama anda ke agama Islam akan didaftarkan dengan Jabatan Agama dan Jabatan Pendaftaran Negara, di mana kedua-duanya telah dikomputerkan, dengan itu maklumat ini boleh diperolehi di seluruh negara. 

Di bawah enakmen Syariah di kebanyakan daripada 13 Negeri-negeri di Malaysia:
  • Penukaran agama kembali ke agama asal anda samada 
          a.  tidak dibenarkan di bawah undang-undang, atau
          b.  satu kesalahan jenayah yang bererti anda boleh didenda, dirotan, 
               ditahan, atau dipenjarakan di bawah undang-undang Islam
               di kebanyakan negeri.
  • Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda perlu mendapatkan keizinan ibubapa anda untuk menukar agama ke agama Islam. 
  • Kad pengenalan anda akan merekodkan penukaran agama anda ke agama Islam. Oleh itu, walaupun anda tidak lagi mengamalkan agama Islam, anda boleh didenda, dirotan, ditahan atau dipenjarakan kerana melanggar undang-undang Syariah seperti bersembahyang di Gereja, makan di khalayak umum semasa bulan puasa, "khalwat" dan sebagainya.
  • Anda tidak boleh berkahwin dengan orang bukan Muslim. Jika anda membuat keputusan untuk bercerai dan mencuba menukar agama keluar dari Islam, anda akan kehilangan hak menjaga anak-anak anda kerana mereka adalah Muslim. 
  • Dalam kes kematian, saudara-mara anda yang bukan Muslim akan kehilangan hak-hak mereka ke atas apa-apa harta, wang dan sebagainya yang anda ingin tinggalkan kepada mereka. Mayat seseorang yang sudah memasuki Islam akan diambil daripada keluarganya yang bukan Muslim untuk upacara dan pengebumian Islam walaupun anda tidak lagi mengamalkan Islam untuk bertahun-tahun. 
  • Dalam keadaan sekiranya suami atau isteri anda bertukar agama ke agama Islam, anda mungkin tidak memiliki hak ke atas samada anak-anak anda atau harta pasangan anda. 

Kami tahu terdapat orang-orang Kristian tertentu yang telah menukar agama  ke agama Islam untuk apapun sebab, yang tidak menyedari atau yang tidak menimbang dengan serius implikasi penukaran agama tersebut. Dengan itu, kami merasa perlu untuk memberi anda informasi ini.

Dengan ini juga, kami tidak menentang Islam ataupun kebebasan beragama, yang telah terjamin bagi semua rakyat Malaysia dalam Artikel 11 Perlembagaan kita yang memberi hak kepada seseorang individu untuk memilih secara bebas agamanya. Tetapi untuk memilih dengan betul, anda perlu mengetahui dengan jelas apa yang anda pilih dan akibat daripada pilihan anda.  








(Diterjemahkan daripada dokumen Catholic Bishops' Conference of Malaysia bertajuk "The Legal Implications Of Conversion To Islam")