Selasa, 22 September 2015

Terbukti - Perjanjian Lama Telah Disalin Turun Temurun Dengan Amat Tepat Sekali

Gulungan-Gulungan Kitab Laut Mati telah ditemui dekat Laut Mati dari 1947-1956

Gulungan-gulungan Kitab Laut Mati dan Teks Masoretik

Gulungan-gulungan Kitab Laut Mati memainkan peranan amat penting untuk menilai ketepatan penyalinan Perjanjian Lama. Dengan ratusan manuskrip daripada setiap buku kecuali Ester (ditemui dekat Laut Mati), perbandingan yang teliti dapat dijalankan dengan teks-teks yang lebih baru. 

Perjanjian Lama yang kita gunakan hari ini telah diterjemah daripada apa yang dipanggil Teks Masoretik. Golongan Masoret adalah sarjana-sarjana Yahudi yang telah di antara 500 dan 950 Tahun Masihi memberikan kita bentuk Perjanjian Lama yang kita gunakan hari ini. Sehinggalah Gulungan-gulungan Kitab Laut Mati ditemui pada 1947, teks Ibrani paling tua Perjanjian Lama adalah Masoretic Allepo Codex yang bertarikh 935 Tahun Masihi. 


Masoretic Allepo Codex yang berarikh 935 Tahun Masihi

Dengan penemuan Gulungan-gulungan Kitab Laut Mati, kita kini memiliki manuskrip-manuskrtip yang terlebih awal daripada Teks Masoretik selama lebih kurang seribu tahun. Para sarjana tersangat ingin mengetahui samada dokumen-dokumen Laut Mati akan sepadan dengan Teks Masoretik. Jika ditemukan perbezaaan yang cukup besar, kita boleh membuat kesimpulan bahawa teks Perjanjian Lama kita tidak terpelihara dengan baik. Para pengkritik, seiring dengan kumpulan-kumpulan agama seperti Mormon dan Islam, sering membuat dakwaan bahawa Perjanjian Lama yang kita ada pada masa kini telah diubah dan tidak terpelihara dengan baik. Menurut kumpulan-kumpulan agama ini, ini menjelaskan perbezaan di antara Perjanjian Lama dan ajaran-ajaran agama mereka. 

Setelah kajian yang teliti selama bertahun-tahun, kesimpulan telah dibuat bahawa Gulungan-gulungan Kitab Laut Mati memberikan pengesahan yang berasas bahawa Perjanjian Lama kita telah terpelihara dengan baik. Gulungan-gulungan itu didapati hampir serupa dengan Teks Masoretik. Sarjana Ibrani Millar Burrows menulis, "Adalah sesuatu yang mengkagumkan bahawa teks itu mengalami perubahan yang begitu sedikit melalui waktu hampir seribu tahun. Seperti yang telah saya katakan dalam artikel pertama saya mengenai gulungan-gulungan itu, 'Di sinilah terletak kepentingan utamanya, menyokong kekukuhan tradisi Masoretik.'"


Gulungan Kitab Yesaya ini ditemui dekat Laut Mati (bertarikh sekitar 100 tahun Sebelum Masihi)
 - telah didapati hampir serupa dengan Teks Maserotik yang 1000 tahun terkemudian

Satu kajian bandingan yang sangat penting dijalankan dengan Gulungan Kitab Yesaya (Isaiah Scroll) yang telah ditulis sekitar 100 tahun Sebelum Masihi yang telah ditemui di kalangan dokumen-dokumen Laut Mati dan buku Yesaya yang terdapat pada Teks Masoretik. Selepas penyelidikan yang teliti, para sarjana mendapati bahawa kedua-dua teks itu boleh dikatakan serupa. Kebanyakan variasi adalah perbezaan-perbezaan yang kecil dalam ejaan, dan tidak ada satupun yang mengubah maksud teks. 

Salah seorang sarjana Perjanjian Lama yang paling dihormati, mendiang Gleason Archer, telah memeriksa dua gulungan Yesaya yang dijumpai di Gua 1 dan menulis, "Walaupun dua salinan Yesaya yang ditemui di Qumran Gua 1 berdekatan Laut Mati pada 1947 adalah seribu tahun lebih awal daripada manuskrip paling tua yang diketahui sebelum itu (980 Tahun Masihi), salinan-salinan itu telah menunjukkan keserupaan perkataan demi perkataan dengan Alkitab Ibrani standard kita dalam lebih 95 peratus daripada teksnya. Variasi lima peratus itu terdiri daripada terutamanya kesilapan menyalin yang kecil dan variasi dalam ejaan,"


Perbandingan Yesaya 53 dalam Gulungan Laut Mati dan Teks Masoretik

"Adalah sesuatu yang mengkagumkan bahawa teks itu mengalami perubahan yang begitu sedikit melalui waktu hampir seribu tahun." - Millar Burrows, Sarjana Ibrani.

Meskipun berjarak seribu tahun, para sarjana mendapati bahawa Teks Masoretik dan Gulungan-gulungan Kitab Laut Mati adalah hampir serupa. Gulungan-gulungan Kitab Laut Mati memberikan bukti yang sangat berharga bahawa Perjanjian Lama telah dipelihara dengan tepat dan teliti.


Baca juga:  "Terbukti: Perjanjian Baru Disokong Oleh 25,000 Manuskrip!"

(Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada artikel Probe bertajuk, "The Dead Sea Scroll Sheds Light On The Accuracy Of The Bible" penulisan Patrick Zukeran bertarikh 17 April 2006)