Sabtu, 31 Januari 2015

Batu Sumpah: Kata-Kata Penting Yang Hilang Akan Dipulihkan

Batu Sumpah di Keningau

Kota Kinabalu: Tiga perkataan penting "Kerajaan Malaysia Jamin" yang telah dipadamkan oleh orang yang tidak berprinsip daripada Batu Sumpah Keningau yang bersejarah akan dipulihkan kembali. Batu itu juga akan dipindahkan ke tapak baru dan diisytiharkan sebagai warisan nasional. 

Khamis, 29 Januari 2015

Bhgn 2 - Kisah Pastor Korea Selatan Yang Menyelamat Dan Menjaga Kanak-Kanak Terbuang (Los Angeles Times)


(mukasurat 2 dari 2)

Di negara yang lebih mementingkan kesempurnaan fizikal, Pastor Lee Jong-rak, yang matanya tercelik selepas menjaga anaknya sendiri yang kurang upaya, telah menjaga anak-anak yang tidak dikehendaki, yang jika bukan kerana kotak bayinya, akan ditinggalkan di jalanan.

Lee memberinya minum melalui tiub, dan kagum dengan kedahagaan anak itu untuk hidup. Hannah hidup selama enam tahun lagi: "Apabila dia meninggal dunia, saya menangis banyak sekali, lebih lagi dari bila ibubapa saya meninggal."

Bhgn 1 - Kisah Pastor Korea Selatan Yang Menyelamatkan Dan Menjaga Kanak-Kanak Terbuang (Los Angeles Times)

Keratan akhbar Los Angeles Times, 19 Jun 2011

Di negara yang lebih mementingkan kesempurnaan fizikal, Pastor Lee Jong-rak, yang matanya tercelik selepas menjaga anaknya sendiri yang kurang upaya, telah menjaga anak-anak yang tidak dikehendaki, yang jika bukan kerana kotak bayinya, akan ditinggalkan di jalanan.

Laporan dari Seoul - Kotak itu dimuatkan ke sisi sebuah rumah di kawasan perumahan yang tidak mewah. Kotak itu dilapisi selimut lembut berwarna biru dan merah muda, dan mempunyai loceng yang berbunyi apabila pintu kecilnya dibuka. 

Sebab kotak ini bukanlah untuk buku, ianya untuk bayi - dan bukan sebarang bayi; ini adalah anak-anak yang tidak dikehendaki, suatu beban yang ramai ibubapa merasa terlalu berat untuk ditanggung.

Rabu, 28 Januari 2015

"The Drop Box": Filem Mengenai Seorang Pastor Korea Yang Menyelamatkan Bayi-Bayi Terbuang

Pelayanan Pastor Lee bermula pada 1999, dan kini dia dan Komuniti Jusarang
menjaga 21 kanak-kanak (Gambar daripada The Drop Box)

Sebuah artikel Los Angeles Times yang telah mengisahkan perjalanan kasih seorang lelaki telah membawa kepada penerbitan sebuah filem rencana: "The Drop Box."

Filem itu berkenaan kisah Pastor Jong-rak Lee, yang telah menerima bayi-bayi yang telah ditinggalkan oleh ibubapa mereka dengan meletakkan "kotak bayi" yang kecil dan suam di mana ibubapa yang menghadapi keadaan yang mendesak dapat meninggalkan anak-anak mereka, daripada meninggalkan mereka di jalanan yang sejuk. Sejak tahun 1999, Pastor Lee dan Komuniti Jusarang, sebuah organisasi bukan kerajaan dan yang tidak bermotif keuntungan dengan jumlah pekerja yang sedikit telah menjaga anak-anak ini, yang kebanyakannya memiliki kecacatan.  

Selasa, 27 Januari 2015

Selepas Kes Herald, Uskup Besar KL Menyeru Kepada Umat Katolik Agar Melindungi Hak Kaum Minoriti

Uskup Besar Kuala Lumpur, Most Reverend Julian Leow (di tengah) memberitahu umat
Katolik 
hari ini bahawa larangan penggunaan kalimah Allah itu terhad kepada Herald



Sambil mengakui bahawa semua usaha undang-undang dalam kes gereja berkaitan majalah mingguan Katolik, Herald telah berakhir, Uskup Besar Kuala Lumpur menyeru kepada umat Katolik untuk berpegang kepada kata-kata Putrajaya: bahawa larangan penggunaan kalimah Allah adalah terhad kepada majalah mingguan Herald sahaja.

Dalam surat yang diterbitkan dalam laman web Diosis Besar Kuala Lumpur, Most Reverend Julian Leow berkata dengan itu, larangan kalimah Allah tidak melibatkan larangan ke atas Alkitab atau pujian dan penyembahan semasa kebaktian ibadah dan pertemuan doa. 

Isnin, 26 Januari 2015

"Kalimah Allah Adalah Untuk Semua," Kata Imam New York

Shamsi Ali berkata bahawa kalimah Allah tidak harus dikuasai oleh orang Islam
- Gambar Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Januari 2015

Penggunaan kalimah Allah tidak seharusnya dikhususkan hanya untuk orang-orang Islam, seorang imam Amerika berketurunan Indonesia menegaskan hari ini, dengan berkata bahawa itu adalah salah dan tidak dapat diterima. 

"Allah adalah God, dan God adalah Allah. Saya tidak berhak untuk melarang sesiapa dari memanggil God 'Allah'," kata Shamsi Ali, pengerusi Masjid Al-Hikmah di Astoria, New York. 

Khamis, 22 Januari 2015

Uskup Agung Bimbang Keputusan Herald Buka Ruang Kekang Agama Minoriti

Uskup Agung Emeritus Tan Sri Murphy Pakiam (kanan) dan Uskup Agung Emeritus Anthony Soter
(kiri) di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam. - Gambar The Malaysian Insider

Gereja Katolik bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam isu kalimah Allah boleh menjadi permulaan untuk mengekang hak minoriti menguruskan agama mereka sendiri.

Larangan Guna Kalimah "Allah" Dalam Herald Kekal - Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan semakan Editor Herald, Paderi Lawrence dalam isu
penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan "The Herald" di Istana Kehakiman,

PUTRAJAYA: Majalah mingguan gereja Katolik, Herald, dilarang daripada menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan apabila ia gagal dalam percubaan terakhirnya mengggunakan saluran perundangan pada Rabu, untuk Mahkamah Persekutuan mendengar semula permohonannya bagi kebenaran untuk merayu.

Panel lima orang hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak permohonan gereja bagi semakan selepas memutuskan bahawa pihak berkenaan (gereja) gagal memenuhi keperluan minimum bagi semakan yang termaktub dalam Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Isnin, 19 Januari 2015

Colton Burpo Mempertahankan Kesahihan Kisahnya "Heaven is for Real"

Nota dari Colton Burpo mengenai kesahihan kisahnya "Heaven is for Real"

Colton Burpo, watak utama dalam buku yang dijadikan filem, "Heaven is for Real" mempertahankan kesahihan kisahnya dan bahawa Yesus "benar-benar mengasihimu," cuma beberapa hari selepas seorang budak lelaki lain, Alex Malarkey, yang juga mendakwa pernah melawat ke syurga dan mempunyai buku berdasarkan pengalamannya, mengakui bahawa dia telah berbohong.

"Saya tahu bahawa ada banyak diperkatakan mengenai kesahihan kisah-kisah lain berkenaan Syurga dalam masa beberapa hari lepas," kata Burpo di lamannya.

Sabtu, 17 Januari 2015

Ada 'Tangan Tuhan' Dalam Penemuan Kotak Hitam QZ8501

FOTO menunjukkan bahagian badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar 
Laut Jawa yang ditemui Tentera Laut Singapura baru-baru ini. - Foto Reuters

JAKARTA: Kejayaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terutama Kapal KN Jadayat, yang menemukan kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Isnin lalu untuk data rakaman penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR) sehari selepas itu dianggap bukan operasi yang mudah.

Philip Mantofa Mengenai Nahas QZ8501: "Walaupun Saya Tidak Mengerti Semua Yang Berlaku, Iman Saya Tidak Tergoncang"

Temubual Charisma News dengan Pastor Philip Mantofa:

Apabila penerbangan AirAsia QZ8501 terhempas ke dalam lautan pada penghujung tahun lepas, beratus-ratus keluarga dan kawan-kawan menderita kehilangan yang tersayang - tapi tiada yang sebegitu besar kesannya seperti yang dialami Gereja Mawar Sharon, di Surabaya, Indonesia.

Jemaat itu mempunyai 45 anggota - lebih daripada suku jumlah penumpang - menaiki pesawat itu. Tetapi untuk Pastor Philip Mantofa, kehilangan itu telah membawa gereja itu kepada perhatian umum. Kini Pastor Philip berbicara mengenai bagaimana tragedi ini telah menguatkan imannya. 

Khamis, 15 Januari 2015

Pastor Philip Mantofa Mendapat Penglihatan Syurgawi Selepas Nahas AirAsia QZ8501



Pastor Philip Mantofa, gembala sidang Gereja Mawar Sharon, Surabaya yang kehilangan 45 ahli-ahlinya dalam nahas penerbangan AirAsia QZ8501 berkongsi di laman Facebooknya mengenai penglihatan yang telah diterimanya. Berikut terjemahan daripada catitan Facebook Ps. Philip;

Selasa, 13 Januari 2015

Sarawak Batal Ceramah Islam Susulan Bantahan Komuniti Kristian

Ceramah "Muhammad SAW in the Bible"
yang dijadualkan di IIC dan Unimas
pada 14 dan 15 Jan telah dibatalkan
Pejabat Ketua Menteri Sarawak membatalkan satu program ceramah agama Islam hari ini kerana dianggap sebagai provokasi terhadap agama Kristian. 

Menteri berkaitan hal ehwal Islam di negeri itu, Datuk Daud Abdul Rahman berkata pihaknya "menasihati" penganjur ceramah itu, Pusat Informasi Islam (IIC) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk membatalkan ceramah berkenaan susulan bantahan ditimbulkan oleh Persatuan Gereja Sarawak (ACS), beberapa individu serta ahli politik. 

Ceramah yang dijadualkan berlangsung esok dan Khamis dilihat "tidak membantu meredakan ketegangan antara umat Islam dan Kristian" di negara ini.

Jumaat, 9 Januari 2015

Nama Ibrani untuk Mesias: Yeshua atau Yahshua?

Dr Daniel Botkin menerangkan linguistik Ibrani mengenai nama-nama "Yeshua" dan "Yahshua" dan bagaimana "Yahshua" ialah terjemahan yang salah oleh pendukung-pendukung Sacred Name mengikut tafsiran yang salah.

Oleh Dr. Daniel Botkin:

Nama Ibrani untuk Mesias biasanya diterjemahkan sebagai samada Yeshua atau Yahshua. Dalam keadaan yang biasa saya tidak akan bersusah payah menulis sebuah artikel mengenai sesuatu hal yang kecil seperti bezanya antara bunyi vokal "e" dan "ah." Bagaimanapun ada keperluan untuk menjawab persoalan ini kerana setengah-setengah orang yang menggunakan kata Yahshua mengatakan hal-hal yang tidak benar mengenai orang-orang yang menggunakan kata Yeshua

Brunei Melarang Perayaan Krismas Secara Terbuka

Dekorasi Krismas di Kuala Lumpur. Brunei telah membuat pengumuman mengenai
larangan mengadakan perayaan Krismas secara terbuka di negara itu

Negara kaya petroleum, Brunei telah membuat larangan ke atas perayaan Krismas secara terbuka oleh kerana mengkhuatiri orang-orang Islam terpesong, kementrian hal ehwal agamanya mengatakan hari ini, di negara yang pada tahun lalu telah menimbulkan kontroversi apabila memperkenalkan undang-undang syariah Islam yang berhukuman berat.

Rabu, 7 Januari 2015

Pernahkah Yesus Mengaku Dirinya Sebagai Anak Allah Dalam Kitab Injil?



Kadang-kala kita mendengar dakwaan bahawa Yesus tidak pernah mengatakan dirinya sebagai Anak Allah dalam Kitab Injil. Adakah itu betul? Berikut ialah jawapan yang saya dapat daripada blog 1 Tesalonika 5:21;


Siaran Berita Paling Popular Amerika Membuat Liputan Mengenai Kuasa Doa


Beberapa hari sebelum permulaan tahun baru, NBC Nightly News with Brian Williams telah menyiarkan laporan dua bahagian bertajuk "Kuasa Doa" - satu gambaran keseluruhan mengenai bukti-bukti perubatan yang menunjukkan hasil positif, dan mukjizat dari doa orang-orang Kristian.

Selasa, 6 Januari 2015

Jesus Atau Yahshua? Yang Mana Betul?

Jesus dari perkataan asal Ibrani "Yeshua" (disebut Yeh-SHU-ah)

Oleh Dr. Michael Brown:

Saya seringkali hairan betapa ramai orang yang menulis kepada pelayanan kami dan bertanya kami soalan seperti ini, yang telah kami terima minggu lepas: "Ada orang Kristian yang mengatakan bahawa kita perlu menggunakan nama Ibrani, Yahshua. Mereka berkata memanggil nama Jesus ialah sama dengan memanggil Zeus (dewa orang Yunani). Bahawa Jesus ialah nama samaran untuk Iblis. Apakah jawapan anda untuk ini? Bagaimana kita boleh membuktikan bahawa nama Jesus itu betul penggunaannya dalam terjemahan dan sebutan bahasa Inggeris?"

Sepelik-peliknya soalan-soalan itu, namun kerana ianya telah dibangkitkan berulangkali, bererti bahawa ianya perlu dijawab, dengan itu beberapa jawapan ringkas telah disediakan di bawah.

Sabtu, 3 Januari 2015

Sebuah Gereja Surabaya Kehilangan 41 Anggotanya Dalam Nahas AirAsia QZ8501

Ps. Phlip Mantofa bersama ahli-ahli keluarga dan sanak saudara mangsa nahas AirAsia QZ8501
(Gambar dari laman Facebook Mattheus van der Steen bertarikh 1 Januari 2015)

Nahas AirAsia Penerbangan QZ8501 telah membawa kesan mendalam kepada masyarakat Kristian yang besar jumlahnya di Surabaya. Sebuah gereja dikatakan telah kehilangan sekurang-kurangnya 41 anggotanya.