Isnin, 30 Mac 2015

Sabrina Masih Kristian, Kata Menteri Sarawak



Tidak berlaku sebarang proses mengislamkan Sabrina Ngumbang dan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Lutong itu masih penganut agama Kristian, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah.

Jawaban Kristian Terhadap Buku "Jesus Adalah Muslim?"



Adakah Jesus seorang Muslim? Tentu saja orang Kristian akan mengatakan tidak!

Semasa melayari web pagi ini, saya telah menemukan laman Kristian yang menjawab alasan-alasan yang terdapat dalam buku "Jesus Adalah Muslim?" yang telah diterbitkan dan dijual di kedai-kedai buku.

Jika anda ingin membaca jawaban-jawaban Kristian terhadap buku tersebut, silakan klik di link ini: Menjawab Buku "Jesus Adalah Muslim?"

Berikut ialah senarai topik yang telah dikupas dalam laman itu:

Sabtu, 28 Mac 2015

Menteri Sarawak Kecam Guru Cuba Tukar Agama Murid

Ibu Sabrina Ngumbang, Roslen Umbil (kiri) dan saudara-maranya dengan baju kurung
uniformserta telekung yang dikatakan diberikan dua guru apabila murid tersebut
menukar agamanyake Islam - Gambar ihsan Bit Surang, 28 Mac, 2015

Dua guru sekolah menengah di Miri, Sarawak yang didakwa cuba menukar agama murid Dayak menjadi Islam akan diambil “tindakan disiplin” dan menteri Sarawak menggesa mereka dipindahkan keluar dari negeri itu.

Menteri Sarawak yang lantang Tan Sri James Masing berkata, jika 2 guru SMK Lutong itu berasal dari Semenanjung Malaysia, mereka seharusnya dihantar pulang.

Jumaat, 27 Mac 2015

Guru Didakwa Cuba Islamkan Remaja Iban

Remaja Kristian Iban diajar melafazkan doa Islam dan diberi pakaian sembahyang Islam

Seorang guru di sebuah sekolah di Miri didakwa mengislamkan seorang pelajar Iban daripada keluarga Kristian tanpa kerelaannya.

Remaja 13 tahun itu membuat aduan polis pada 25 Mac bagi menghalang guru tersebut daripada terus mengganggunya lagi dan juga menggesa sekolah mengambil tindakan lanjut.

Pelajar Dipaksa Tukar Agama Tanpa Persetujuan Ibu Bapa

Sebahagian laporan Borneo Post
Online pada 27 Mac 2015
MIRI: Seorang pelajar Iban berusia 13 tahun yang bersekolah di SMK Lutong telah membuat laporan polis terhadap seorang guru pada 25 Mac kerana dipaksa menukar agama tanpa persetujuan ibu bapa.

Menurut laporan yang telah dibuat oleh pengadu itu, dia telah dibawa oleh seorang guru yang dikenalinya ke sebuah rumah di kawasan perumahan Samling di Kuala Baram diringi oleh dua wanita dan tiga lelaki.

Surat Aduan Pengislaman Tidak Sah Terhadap Anak Di Bawah Umur Di Lutong, Miri

Sedih membaca surat aduan ibu bapa mengenai penukaran agama anak perempuan mereka yang di bawah umur ke Islam oleh gurunya dari SMK Lutong, Miri. Berikut surat aduan ayah tersebut, Ngumbang Anak Achu mengenai perkara tersebut;


Khamis, 26 Mac 2015

Masih Bujang? Soalan-Soalan Untuk Ditanya Sebelum Menjawab "Ya" Di Mimbar


Oleh J. Lee Grady:

Pada bulan lepas, saya mendapat penghormatan menjalankan upacara perkahwinan untuk satu pasangan yang berbahasa Rusia di Seattle. Saya telah bertemu dengan Roman sewaktu mengajar di sebuah sekolah pelayanan dua tahun yang lalu, dan dia telah mengikuti saya ke lawatan misi ke Peru. Setelah dia bertunang dengan teman wanitanya, Ina, dia telah mengundang saya untuk menjalankan upacara perkahwinan mereka – dan saya gembira sekali untuk menjadi sebahagian daripada hari besar mereka. Perayaan itu ditutupi dengan jamuan makan Ukrania untuk 300 orang!

Isnin, 23 Mac 2015

Khabar Dari Yerusalem: Mezbah Untuk Bait Suci Telah Selesai Dibangun

Bukit Bait Suci Yerusalem

Institut Bait Suci (IBS, Ibrani: Machon HaMikdash) mengumumkan bahwa mereka telah selesai membangun mezbah yang dipersiapkan untuk Bait Suci di Yerusalem, demikian Breaking Israel News (BIN), 9 Mac, merujuk majalah Matzav Haruach.

Jumaat, 20 Mac 2015

Perumpamaan Satu Dinar


"Tunjukkanlah kepada-Ku mata wang untuk pajak itu." Mereka membawa suatu dinar kepada-Nya. Maka Ia bertanya kepada mereka: "Gambar dan tulisan siapakah ini?" Jawab mereka: "Gambar dan tulisan Kaisar." Lalu kata Yesus kepada mereka: "Berikanlah kepada Kaisar apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Allah apa yang wajib kamu berikan kepada Allah." (Matius 22:19-21)

Rabu, 18 Mac 2015

Kesaksian Basuki Tjahaja Purnama (Ahok)


Kesaksian Basuki Tjahaja Purnama:

Saya lahir di Gantung, desa Laskar Pelangi, di Belitung Timur, di dalam keluarga yang belum percaya kepada Tuhan. Beruntung sekali sejak kecil selalu dibawa ke Sekolah Minggu oleh datuk saya. Meskipun demikian, kerana orang tua saya bukan seorang Kristian, ketika beranjak dewasa saya jarang ke gereja.

Rabu, 11 Mac 2015

Inilah Iman Kristian Seorang Ahok

Basuki Tjahaja Purnama (Ahok), Gabenor DKI Jakarta

Diterjemah daripada Artikel Kristen penulisan Vino bertarikh 3 Mac 2015;

Pada suatu hari, seorang wartawan bertanya kepada seorang kakitangan Pemerintah Provinsi DKI Jakarta. “ Bapak menyokong Ahok atau menyokong DPRD DKI?

Isnin, 9 Mac 2015

7 Ciri Doa Harian Yang Sangat Berkuasa



Doa Bapa Di Syurga ialah doa yang telah diajarkan Yesus kepada murid-murid-Nya. Di dalam doa itu terkandung 7 ciri doa harian yang sangat berkuasa:

Doa "Bapa Di Syurga"
(Matius 6:9-11)
1. Pertemuan dengan Tuhan

"Bapa kami yang di sorga... " (Matius 6:9a)

2. Penyembahan kepada Tuhan 

"Dikuduskanlah nama-Mu..." (Matius 6:9b)

3. Penyerahan kepada Tuhan 

"Datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di sorga." (Matius 6:10)

Jumaat, 6 Mac 2015

5 Perkara Yang Diajarkan "Fifty Shades Of Grey" Mengenai Seks

Buku dan filem "Fifty Shades of Grey" menggalakkan keganasan seks terhadap wanita.

Jika anda tidak berapa tahu mengenai Fifty Shades of Grey, inilah ringkasan mengapa kami tidak sukakannya: Jalan cerita buku itu, dan sekarang dijadikan filem berbajet besar, adalah seluruhnya mengenai seorang jutawan yang dingin dan sadistik dan bagaimana dia menggoda seorang anak gadis perawan ke dalam dunia seks sadomachochistic.

Khamis, 5 Mac 2015

Bagaimanakah Kita Dapat Mengenal Allah?



Bagaimanakah Kita Dapat Mengenal Allah?


1. Melalui Kasih-Nya

Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih. (1 Yohanes 4:8)

Manusia Dikenal Oleh...?

Ayam dikenali oleh kokokannya. dan harimau dikenali oleh belangnya. Bagaimana pula dengan manusia?

Manusia dikenali oleh;

1. Kasihnya - apa yang ada dalam hatinya itulah manusia yang sebenar.

"Manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi TUHAN melihat hati." (1 Sam 16:7)

2. Katanya - apa yang diucapkan melalui mulutnya akan menyatakan isi hatinya.

Kerana yang diucapkan mulut meluap dari hati (Matius 12:34)

Rabu, 4 Mac 2015

Guru-Guru Dalam Kontroversi Penukaran Agama Telah Dipindah Sekolah

Keratan akhbar The Star, 4 Mac 2015

KOTA KINABALU: Sepasangan guru yang dikaitkan dengan dakwaan penukaran agama seorang pelajar 16 tahun di SMK Kinarut telah dipindahkan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata pasangan itu yang dulunya guru di SMK Kinarut telah meminta untuk dipindahkan ke sekolah lain pada penghujung tahun lepas berikutan dakwaan penukaran agama itu.

Guru Sabah Dalam Kontroversi Penukaran Agama Telah Dipindah Ke Sekolah Agama Islam

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip (tengah) memberitahu wartawan bahawa
guru dalam kontroversi penukaran agama telah dipindahkan ke sebuah sekolah agama Islam 

KOTA KINABALU, 3 Mac - Guru Muslim yang telah menimbulkan kemarahan kerana didakwa cuba menukar agama seorang pelajar Kristian baru-baru ini telah dipindahkan ke sebuah sekolah agama Islam di Inanam, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip hari ini.

Isnin, 2 Mac 2015

Bukan Anti Islam, Bapa Pelajar Anggap Agama Anak Hak Ibu Bapa

Ahli Parlimen Penampang Darrel Leing mewakili penoreh getah, Jilius Yapoo, seorang
bapa yang tidak berpuas hati apabila anaknya berusia 16 tahun memeluk Islam
di sekolahnya, tanpa pengetahuan ibu bapa. – Gambar fail Malaysian Insider. 

Sekolah berasrama anak perempuan penoreh getah Jilius Yapoo sejauh 11km saja di Kinarut, Sabah, tetapi jalan raya yang rosak menjadikannya jauh dan menyukarkan perjalanan, jadi dia mengamanahkan sekolah dengan keselamatan anaknya.

Dia tidak sangka yang 4 tahun kemudian akan melihat anaknya memakai tudung dan mengatakan dia memeluk Islam.

Pelajar Sabah Masuk Islam Tidak Sah Kerana Bawah Umur, Kata Peguam

Undang-undang di mahkamah sivil memerlukan kebenaran ibubapa bagi individu bawah
umur yang mahu menukar agama, kata peguam perlembagaan M Kula Segaran.
- Gambar fail The Malaysian Insider 

Undang-undang memutuskan di mahkamah sivil, kebenaran ibu bapa diperlukan apabila individu bawah umur memeluk Islam, menurut peguam Perlembagaan M Kula Segaran, ketika mengulas mengenai kes pelajar 16 tahun di Kinarut, Papar yang bertukar kepada agama Islam di sekolah tanpa kebenaran ibu bapanya yang beragama Kristian.