Khamis, 30 April 2015

Mesej Teks Dari Salah Seorang Tahanan "Bali Nine" Sebelum Menjalani Hukuman Tembak Mati

Andrew Chan  (Gambar AAP)

Dari bilik selnya untuk banduan yang dihukum mati, Andrew Chan salah seorang warga Australia yang telah menjalani hukuman mati di Indonesia hari ini atas tuduhan mengedar dadah, telah sebelum ini bertukar-tukar mesej dengan seorang wartawan Australia mengenai dadah, liga ragbi, penyesalan, keinsafan dan akhirnya penebusan, dalam menemukan Tuhan dan juga mengasaskan sebuah rumah anak yatim sebelum hukuman matinya dilaksanakan oleh pasukan penembak pada awal pagi ini.

Dalam laporan yang diterbitkan oleh Daily Telegraph, banduan yang menanti hukuman mati itu telah berhubung dengan wartawan Phil Rothfield beberapa  bulan lalu.

Selasa, 28 April 2015

Saya Sokong Salib Diturunkan Kalau...


Ditulis oleh Zharif Badrul:

Ketika itu, saya masih berada di sekolah rendah apabila menemui salib kecil di padang.

Tanpa berfikir panjang, saya dan rakan-rakan yang lain bertindak mematahkan salib itu dan membuangnya dengan semangat berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam.

Isnin, 27 April 2015

Kami Maafkan Peserta Protes, Kata Paderi Gereja Taman Medan

Pastor Rev Herman Shestri memberi bunga kepada penduduk Taman Medan hari ini.
– Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 April, 2015.
 

Terkejut dengan sokongan yang diterimanya, paderi kanan gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, Paul Packianathan terharu atas sokongan berkenaan dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana bersolidariti dan berkata mereka memaafkan kumpulan yang mengadakan protes menuntut tanda salib dialihkan.

Khamis, 23 April 2015

Gereja Dibenarkan Pasang Semula Tanda Salib, Kata MB Selangor

Gereja di rumah kedai di Taman Medan, Petaling Jaya dibenarkan memasang semula tanda 
salib, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider  

Gereja kontroversi yang terletak di lot Perniagaan Metro Taman Medan, Petaling Jaya dibenarkan memasang semula tanda salib di premis itu, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin  berkata, salib merupakan simbol suci bagi penganut Kristian dan masyarakat lain perlu menghormatinya.

Surat Terbuka Kepada Alvin Tan - Daripada Rev. Sherman Kuek

Reverend Sherman Kuek
Kepada Encik Alvin, 

Saya menulis kepada anda sebab saya secara peribadi merasa marah dengan apa yang saya anggap satu tindakan yang sangat menghina dan jahat dilakukan anda dengan niat yang buruk. Daripada mengatakan mengenai tindakan anda yang mengecam anda dengan tidak hormat di belakang anda, saya telah memilih untuk menulis kepada anda dengan cara yang saya harap bersifat hormat.

Seperti semua orang awam Malaysia yang lain, saya menyedari akan kurang hormat anda kepada pihak berkuasa, kesopanan sosial dan keluhuran moral. Oleh itu saya tidak akan hairan jika surat terbuka ini akan dibalas dengan bahasa yang kasar; mungkin hal yang paling baik yang anda boleh lakukan ialah dengan tidak mengendahkan surat ini sama sekali. Tetapi oleh kerana konteks di mana kami rakyat Malaysia sedang hadapi kini, apa yang anda lakukan tidak boleh dibiarkan tanpa satu suara bantahan dari seorang yang sewarga Malaysia. 

Rabu, 22 April 2015

Perlembagaan Benarkan Gereja Beroperasi Tanpa Daftar, Kata Majlis Antara Agama

Gereja tidak perlu berdaftar untuk diwujudkan dan beroperasi, kata Presiden Majlis 
Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia 
Jagir Singh. – Gambar fail The Malaysian Insider

Sesebuah gereja tidak perlu didaftarkan untuk wujud dan beroperasi, kata majlis antara agama, kerana hak ini diperuntukkan di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama.

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) berkata, berdasarkan Perlembagaan, tidak ada undang-undang yang menghendaki sebuah gereja mendaftarkan tempat ibadat mereka.

Gereja Tidak Perlu Permit Untuk Beroperasi Di Bangunan Kedai

Elizabeth Wong (Gambar The Star Online)

PETALING JAYA: Gereja-gereja tidak memerlukan permit untuk beroperasi di bangunan komersial atau pejabat, kata Elizabeth Wong.

Dalam kenyataan akhbar yang yang dikeluarkan pada petang Selasa, Exco Negeri Selangor itu mengatakan sejak 2008, semua gereja hanya perlu menghantar pemberitahuan kepada Jawatankuasa Negeri untuk Hal Ehwal Selain Islam (Hesi).

Selasa, 21 April 2015

Polis Akan Siasat Penduduk Bantah Salib Gereja Taman Medan, Kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Kabinet hari ini bersetuju, penduduk yang membantah salib di gereja di Taman Medan, Petaling Jaya akan disiasat polis mengikut Akta Hasutan atau peruntukan undang-undang sedia ada.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, akta itu bertujuan menjamin keamanan dan keharmonian kaum di negara ini dan melindungi semua agama dan kaum.

Kanak-Kanak Perempuan Terjatuh Dari Pokok, Bertemu Yesus Di Syurga Dan Disembuhkan, Kata Ibunya Dalam Buku Baru

Annabel (berkaca mata) dan keluarga di hadapan pokok cottonwood di mana dia telah terjatuh


Annabel
Seorang kanak-kanak perempuan mendakwa bahawa dia telah pergi ke syurga setelah terjatuh dari sepohon pokok, dan telah disembuhkan apabila dia kembali, menurut sebuah buku yang telah dilancarkan minggu ini. 

Empat tahun selepas insiden itu, buku "Miracles From Heaven: A Little Girl, Her Journey to Heaven, and Her Amazing Story of Healing" menceritakan kisahnya. Sony sedang berusaha menyesuaikan kisahnya untuk difilemkan, menurut The Hollywood Reporter.

Isnin, 20 April 2015

"Tak Goyang Akidah Hanya Pandang Salib"


Akidah umat Islam tidak akan goyah dengan hanya memandang lambang salib, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Mohd Talha.

Azmin: Penurunan Salib Secara Paksa Tidak Menghormati Umat Kristian

Mentri Besar Selangor, Azmin Ali

SHAH ALAM: Penurunan secara paksa salib sebuah gereja di Taman Medan tidak boleh diterima dan tidak menghormati umat Kristian, kata Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

Kumpulan Mendesak Salib Diturunkan Kerana Bimbang Anak Muda Dipesongkan

Sekumpulan penduduk memprotes sebuah gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya
yang telah meletakkan salib pada dinding bangunan (Gambar dari Malaysiankini)

KUALA LUMPUR, 19 April - Sekumpulan 50 penduduk menjalankan protes secara aman terhadap sebuah gereja baru di Taman Medan kerana bimbang penyebaran agama selepas jemaah gereja itu meletakkan salib di gereja itu. 

Khamis, 16 April 2015

Guru-Guru Yang Didakwa Terlibat Dalam Penukaran Agama Sudah Kembali Ke Semenanjung Malaysia

Keratan akhbar mengenai kes dua guru yang
didakwa cuba menukar agama seorang pelajar
berumur 13 tahun di Lutong, Miri, Sarawak 
KUCHING - Dua guru yang didakwa terlibat dalam percubaan menukar agama seorang pelajar SMK Lutong kepada Islam telah dipindahkan kembali ke Semenanjung Malaysia.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah berkata berikutan siasatan oleh Kementrian Pendidikan, guru-guru itu telah meninggalkan Miri. 

"Berdasarkan prosedur operasi standard kementrian, serta-merta selepas insiden itu, satu siasatan perlu diselesaikan dalam masa tiga hari," dia memberitahu pemberita sebelum satu perjumpaan dengan Kementrian Pendidikan semalam. 

Pastor SIB Palsu

Berikut ialah respon Pena Rajawali dalam blognya mengenai seorang Pendakwah bernama Farhan Abdullah yang mengaku sebagai "Bekas Pastor Yohanes";

Penjelasan tentang Pendakwah yang mengaku sebagai "Bekas Pastor Yohanes"

Antara yang dia katakan ceramah  dalam dua video ceramahnya (bukan dalam urutan)


Kulit belakang buku "Kristianisasi & Gejala
Murtad" penulisan Ustaz Farhan Abdullah
(Klik gambar untuk imej lebih besar)
1) Dia belajar untuk jadi pastor lapan tahun. 
2) Dia ketua missionaries yang pimpin orang menginjil. 
3) SIB ada van penginjilan dan ada dana Rm 10k. dsb dsb
4) Dia sudah pastor dua tahun. 
5) Dia cakap Namaus berpusat di Bario. 
6) Dia sejak berumur tujuh tahun sudah dilatih jadi "askar Jesus". 
7) Dia dihantar belajar 'freemason", "pre-mission"? (Kurang jelas sebutan)
8) Dia kata "orang Kristian tidak boleh mempersoal tritunggal". 
9) Dia kata "pembaptisan sebagai upacara penghapusan dosa". 
10) Dalam video pertama dia mengaku  bekas Roman Katolik dalam video kedua dia mengaku orang SIB. 


Tapi apa yang dia cakap tidak betul.

Rabu, 15 April 2015

3 Cara Mudah Mencari Artikel Yang Anda Ingini Di Blog (domba2domba)



Oleh kerana terdapat beratus artikel di blog ini, adakalanya sukar untuk para pembaca mencari sesuatu artikel, terutamanya artikel lama yang pernah dimuatkan di blog ini. 

Oleh itu, saya telah sediakan 3 cara mudah untuk anda mencari artikel yang anda inginkan.

Selasa, 14 April 2015

Manny Pacquiao Menyatakan Bahawa Isteri Dan Iman Telah Mengubah Hidupnya

Manny Pacquiao dan isteri (gambar oleh Issac Baldizon, Getty Images)

WEST LOS ANGELES (CBSLA.com) - Jaguh tinju Manny Pacquiao, yang bakal bertarung dalam perlawanan tinju terbesar karirnya tidak lama lagi, meluangkan hari Ahadnya di sini LA, di gereja di mana dia telah memeluk Kekristianan empat tahun yang lalu.

Perhimpunan Suku-Suku Bangsa Di Kuching, Petaling Jaya dan Kota Kinabalu

Pada bulan April dan Mei ini akan diadakan beberapa acara menarik untuk umat Kristian di Kuching dan Petaling Jaya. 

1. Di Kuching (24-25 April 2015)

Top 5 - Artikel "Tahukah Anda?" Paling Popular

Artikel-artikel di bawah kategori "Tahukah Anda...?" adalah di antara artikel yang paling diminati pembaca di blog ini. 

Maklumat dan data mengenai pelbagai topik dipaparkan dalam bentuk gambar dan carta. Berikut ialah 5 artikel "Tahukah Anda...?" yang paling popular;


Ahad, 12 April 2015

Tahukah Anda... Tahap Penggunaan Internet & Media Sosial di Malaysia?


Rakyat Malaysia menggunakan purata lima jam sehari melayari internet, dan tiga daripada lima jam itu digunakan untuk media sosial.

Jumaat, 10 April 2015

Perjanjian 18 & 20 Perkara Sabah dan Sarawak



Perjanjian 18 & 20 Perkara Sabah dan Sarawak

Perkara 1: Agama
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak akan digunakan di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

Top 5 - Artikel Kesaksian Paling Popular

Kisah Kesaksian sangat diminati oleh para pembaca blog ini. Empat daripada artikel dalam senarai kesaksian Paling Popular di blog domba2domba adalah dari Asia.

Berikut senarai "Top 5 - Artikel Kesaksian Paling Popular" di blog domba2domba. Yang manakah kesaksian kegemaran anda?

Khamis, 9 April 2015

Awan Berbentuk Peta Sabah Di Kudat

Foto awan yang berbentuk peta Sabah yang telah diambil di daerah Kudat.

Pemandangan kejadian ini dikatakan dilihat di salah sebuah sekolah di daerah Kudat pada 6hb April 2013 dan gambar ini diambil oleh salah seorang guru di sekolah tersebut yang dikenali sebagai Jem Jenz Jlilys. Sekolah yang dimaksudkan ialah Kolej Vokasional Kudat di Sikuati, Kudat.

Rabu, 8 April 2015

10 Artikel Paling Popular Di Blog domba2domba (Sempena Ulangtahun Ke-4)



Puji Tuhan! Esok, 9 April 2015, ialah Ulangtahun ke-4 blog domba2domba. Untuk menandakan hari istimewa ini, inilah 10 artikel paling popular di blog domba2domba sepanjang 4 tahun ini.

Khamis, 2 April 2015

Video Kisah Hari Kebangkitan (Line Drawing)

Sempena merayakan Hari Kebangkitan Yesus, marilah kita mengimbas kembali kisah kasih Allah kepada manusia melalui video yang menggunakan teknik line drawing ini. Video 4 minit ini telah dihasilkan oleh Shift Worship.

Rabu, 1 April 2015

Guru-Guru Dalam Kes Penukaran Agama Pelajar Bawah Umur Di Sarawak Telah Dipindahkan

Datuk Sebastian Ting
MIRI: Dua orang guru yang terlibat dalam penukaran agama seorang gadis Kristian berusia 13 tahun ke Islam telah diberikan surat pertukaran rasmi keluar dari Sarawak.

Setiausaha agung Sarawak United People's Party (SUPP), Datuk Sebastian Ting berkata pada hari Selasa bahawa dia menerima pengesahan bahawa Kementrian Pendidikan telah pun menghantar surat pertukaran itu kepada kedua guru itu.

Ting berkata bahawa langkah kementrian itu untuk memindahkan dua guru itu keluar dari Sarawak akan membawa penutupan kepada kontroversi itu.