Jumaat, 29 Mei 2015

Menteri Perlu Jelaskan Adakah Kabinet Sudah Tinggalkan Penyelesaian 10 Perkara


Tan Sri Joseph Kurup mestilah menjelaskan adakah dan mengapakah Kabinet meninggalkan Penyelesaian 10 Perkara:

Adalah mengejutkan untuk membaca laporan berita bahawa Putrajaya telah mencadangkan satu set garis panduan baru yang akan menyebabkan Alkitab bahasa Melayu dengan kalimah Allah dilarang diimport ke Semenanjung Malaysia.

Khamis, 28 Mei 2015

Ulasan Terhadap Cadangan Baru Melarang Alkitab Diimport Ke Semenanjung Malaysia


Malaysia ialah negara bermasyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama yang telah lama hidup bersama dengan aman dan harmoni. Oleh itu, saya terkejut pagi tadi membaca artikel The Malaysian Insider mengenai cadangan garis panduan baru yang menyatakan bahawa Alkitab yang mengandungi kalimah Allah tidak dibenarkan diimport ke Semenanjung Malaysia. 

Cadangan Baru: Alkitab Dengan Kalimah "Allah" Tidak Boleh Diimport Ke Semenanjung Kecuali Untuk Kegunaan Peribadi


Cadangan garis panduan baru mengharamkan Bible Bahasa Melayu mengandungi kalimah Allah daripada dibawa ke Semenanjung Malaysia, bertentangan dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada April 2011 sebelum pilihan raya Sarawak iaitu kitab tersebut boleh diimport ke dalam negara.

Rabu, 27 Mei 2015

Video Graduan Tampil Berdoa Semasa Kecemasan Menjadi Viral

Graduan Christian Crawford tampil ke depan untuk memimpin doa semasa kecemasan perubatan

Di majlis konvokesyen untuk Clay-Chalksville High School di Jefferson County, Alabama minggu lepas, graduan Christian Crawford memimpin orang ramai dalam doa apabila seorang wanita yang hadir di majlis itu mengalami kecemasan perubatan.

Denzel Washington Kepada Para Graduan: "Utamakan Tuhan Dalam Segala Yang Kamu Lakukan"

Pelakon dan pemenang Academy Award Denzel Washington memberi ucapan kepada
para graduan di majlis konvokesyen di Universiti Dillard, New Orleans 

Dalam menyampaikan ucapan konvokesyen di Universiti Dillard pada hari Ahad lepas, pelakon yang meraih Academy Award, Denzel Washington memberitahu para graduan untuk "utamakan Tuhan" dalam segala yang mereka lakukan, dengan menambah bahawa segala sesuatu yang telah dia capai dalam hidup ini adalah kerana "kasih karunia Tuhan."

Selasa, 26 Mei 2015

Dari Rumah Panjang Menjadi Biskop Besar Pertama Iban

Biskop Besar Datuk Bolly Lapok,
Biskop Besar Wilayah Asia Tenggara
Sebagai seorang kanak-kanak yang membesar di sebuah rumah panjang di Sebemban, lebih kurang 30 minit dari Sri Aman, dia berasal dari latar belakang yang sangat sederhana. 

Dilahirkan pada 10 Ogos 1952, biskop Diosis Kuching, Datuk Bolly Lapok memulakan kehidupannya sebagai anak kampung, kehidupan yang dekat dengan alam semulajadi bersama ibu bapanya yang menjadi petani. 

Isnin, 25 Mei 2015

Top 5 - Kesaksian Sabah & Sarawak Paling Popular

Artikel-artikel "Kesaksian dari Sabah dan Sarawak" adalah sangat istimewa bagi para pembaca di blog ini khususnya yang berasal dari Borneo. 


Berikut ialah 5 Artikel Kesaksian Paling Popular dari Sabah dan Sarawak di blog ini Yang manakah kegemaran anda?

Jumaat, 22 Mei 2015

Bintang Bola Sepak Mengatakan "Tidak" Kepada Seks Sebelum Perkahwinan

Bintang bola sepak David Luiz dibaptiskan di kolam renang di rumah rakannya Jumaat lalu.

Pemain pertahanan Paris Saint Germaint dan bekas pemain Chelsea, David Luiz, 28 tahun, telah mengatakan bahawa dia akan menghindari hubungan seks sehingga dia berkahwin dengan teman wanitanya Sara Madeira, setelah dibaptiskan di kolam renang di rumah rakan sepasukannya, Maxwell pada hari Jumaat.

Khamis, 21 Mei 2015

Kisah Di Sebalik Lagu "Mamarayou Oku Kinorohingan"


Pernahkah anda mendengar lagu Mamarayou oku Kinorohingan? Ya, saya pasti anda pernah, malahan anda mungkin sudah pun menyanyikannya berkali-kali. Lagu Dusun ini sangat popular di Sabah dan sering dinyanyikan dalam acara-acara kebudayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga di gereja-gereja.

Tahukah anda siapa penulis asal lagu ini, dan dalam keadaan apa lagu ini telah ditulis?

Selasa, 19 Mei 2015

Biskop Melter Tais Ditahbiskan Sebagai Biskop Anglikan Sabah

Biskop Melter Tais akan ditahbiskan sebagai Biskop Anglikan Diosis Sabah pada 19 Mei 2015

Kota Kinabalu: Seorang biskop Kadazan akan ditahbiskan sebagai biskop pribumi pertama untuk mengetuai masyarakat Anglikan yang seramai 90,000 anggota di negeri ini di bawah Diosis Sabah pada hari Selasa. 

Kesaksian Teddy Hung, Bekas Ketua Kongsi Gelap Hong Kong

Teddy Hung, bekas ketua kongsi gelap 14K di Hong Kong

Bekas ketua kongsi gelap 14K, kongsi gelap kedua terbesar di dunia dengan 25,000 ahli di sekeliling dunia - Teddy Hung Hon-yee telah menjadi kaya melalui kegiatannya menjalankan bilik-bilik perjudian, bar, kasino dan perjudian online. Berikut ialah kesaksiannya mengenai perjalanannya dari kegelapan kepada iman yang menerangi hidupnya kini. 

Isnin, 18 Mei 2015

Remaja Melihat Yesus Semasa Jantungnya Berhenti Berdenyut


Seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun mendakwa dia melihat Yesus selepas pengsan dalam kelas pendidikan jasmani dan tanpa denyutan jantung selama 20 minit.

Khamis, 14 Mei 2015

10 Artikel Paling Popular Sepanjang Masa Di Blog domba2domba


Inilah Top 10 - Artikel Paling Popular Sepanjang Masa Di Blog Ini:

Senarai ini telah dikemaskinikan pada 19 Disember 2017 - semua angka pageview untuk Top 10 adalah tepat sehingga tarikh itu.

Rabu, 13 Mei 2015

Elizabeth Tan - Penyanyi Yang Ingin Menyenangkan Hati Tuhan

Penyanyi muda yang berbakat, Elizabeth Tan

Elizabeth Swan (Tan), seorang penyanyi wanita yang tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang penyanyi mendapati dirinya menjadi tumpuan ramai setelah dia memuat naikkan video YouTube nyanyiannya untuk lagu 'Havoc.'

Selasa, 12 Mei 2015

Florence Nightingale - Bidadari Berlampu

Florence Nightingale
Nightingale telah dilahirkan pada 12 Mei 1820, di Florence dan dinamakan mengikut nama bandar itu, kepada sebuah keluarga kelas atasan Inggeris. Sebagai seorang wanita muda, dia telah mengejutkan keluarganya dengan menolak beberapa lamaran perkahwinan supaya dia boleh menjadi seorang jururawat (yang dipercayainya adalah panggilan Tuhan untuk dirinya), walaupun pengajiannya pada mulanya telah dihalang oleh ibu bapanya. 

Semasa di Rum pada 1847, dia telah bertemu dan menjadi sahabat dengan ahli politik British, Sydney Herbert, yang kemudiannya berperanan besar dalam kerjayanya. Pada 1850, dia memasuki sebuah pusat pengajian di Kaiserswerth, Jerman untuk dilatih, dan tiga tahun kemudian dilantik menjadi penyelia Institusi Penjagaan Untuk Wanita Sakit di London.

Kisah Di Sebalik Lagu "Amazing Grace"

John Newton
Sering kita berfikir bahwa lagu-lagu pujian umat Kristian dan nyanyian-nyanyian rohani yang dikumandangkan di gereje-gereja, pasti diciptakan oleh orang-orang yang kehidupannya saleh. Namun sebenarnya tidak demikian. Masa lalu kehidupan pencipta nyanyian rohani ini bermacam-macam. Mereka manusia biasa seperti kita. Tidak jarang di antara mereka, memiliki masa lalu yang sangat kelam dan bahkan menjijikkan, kita fikir mungkin Tuhan tidak akan pernah mahu memakai mereka untuk mengharumkan nama-Nya. Apakah benar fikiran seperti itu?

Isnin, 11 Mei 2015

Andrew Chan Menyanyikan "10,000 Reasons" Ketika Ditembak Mati, Balunya Memberitahu Jemaat Semasa Pengkebumian

Febyanti Herewila diberi kata-kata sokongan dari kawan dan keluarga selepas selesainya
kebaktian pengkebumian Andrew Chan (Gambar AAP/Dan Himbrechts)

Pengkebumian penyeludup dadah ke Bali yang telah menjalani hukuman mati, Andrew Chan yang telah menjadi Kristian di penjara dan telah melayani sebagai pastor kepada para tahanan lain, telah diadakan di Hillsong Church di Sydney dalam suasana penuh emosi.

Ahad, 10 Mei 2015

3 Perkara Mengenai Seorang Wanita Bernama Hana


Kebanyakan orang pernah membaca kisah Hana dalam Alkitab. Oleh kerana hari ini ialah Hari Ibu, saya ingin kongsikan 3 perkara mengenai Hana dan hal-hal yang kita dapat lakukan untuk "Hana" dalam hidup kita.  

Berikut ialah 3 perkara menarik mengenai Hana;

Jumaat, 8 Mei 2015

"Saya Suka Page Plugin Baru Facebook!"

Facebook Page Plugin yang baru


Saya suka Page Plugin baru yang telah diperkenalkan oleh Facebook! Dua hari yang lepas saya telah meletakkan plugin baru ini di blog domba2domba. Hasilnya ada di kolum kanan blog.

Bagaimana? Cantikkah? Page Plugin ini adalah untuk menggantikan versi Facebook Like Box yang lama (Facebook akan memberhentikan penggunaan Like Box lama itu mulai 23 Jun 2015). Cuba bandingkan Page Plugin baru di atas dengan Like Box lama di bawah. 

Rabu, 6 Mei 2015

"Ikatkan Sehelai Riben Kuning Bagiku Di Pohon Beringin"



Pada tahun 1971 New York Post telah menulis kisah benar seorang pemuda di kota kecil White Oak, Georgia, USA. Pemuda ini menikahi seorang wanita cantik dan baik, sayangnya dia tidak pernah menghargai isterinya. Dia tidak menjadi seorang suami yang baik. Dia sering pulang malam dalam keadaan mabuk, lalu memukuli anak dan isterinya.

Selasa, 5 Mei 2015

Blog domba2domba Mencapai 500,000 Pageviews Hari Ini!

Puji Tuhan, pada pagi ini, 5 Mei 2015, blog domba2domba telah mencapai 500,000 pageviews! Segala Puji Syukur kepada Tuhan, dan ucapan Terima Kasih kepada semua Pembaca dan Pengunjung blog ini. 


Semua angka di atas adalah untuk blog domba2domba pada 5 Mei 2015,
(kecuali angka 2,100 yang adalah untuk page Facebook domba2domba)

Kesaksian Dari Penjara Kerobokan - Oleh Andrew Chan


6 Mac 2015 - Berikut ini adalah transkrip kesaksian Andrew Chan dari Penjara Kerobokan - ianya telah diberikan kepadaku oleh seorang Pastor yang merupakan kawanku. Andrew telah memberi keizinan untuk dikongsikan kesaksian ini. 

"Saya membesar dalam keluarga berugama Buddha jadi saya tidak beberapa tahu mengenai agama Kristian. Pada hari saya telah ditahan di Lapangan Terbang Bali pada 17 April 2005. Saya dibawa keluar dari kapal terbang dan setelah diperiksa dan soal-siasat pertama di lapangan terbang saya telah dibawa ke Balai Polis. Mereka mencampak saya ke dalam bilik sel seorang diri dan menjerit-jerit kepadaku. Saya berfikir mereka akan membunuh saya. 

Isnin, 4 Mei 2015

Kesaksian Vaness Wu: "Tuhan Telah Mengubah Hidupku"

Vaness Wu

Vaness Wu adalah anggota F4 yang popularitinya melonjak naik menerusi drama bersiri Meteor Garden. Semenjak menjadi Kristian dia menunjukkan prinsipnya tanpa ragu-ragu dalam dunia hiburan. Pada suatu kali semasa perfileman drama di Perancis terdapat satu adegan ranjang dengan rakan pelakon Lynn Xiong. Vaness menyatakan rasa tidak selesanya dan akhirnya adegan itu diganti.

Manny Pacquiao Mengucapkan Terima Kasih Kepada Semua Peminatnya



Manny Pacquiao mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya setelah dia kalah mengikut kiraan mata kepada Floyd Mayweather dalam perlawanan tinju kejuaraan dunia welterweight semalam. Berikut terjemahan mesej dari laman FB Manny Pacquiao:

Sabtu, 2 Mei 2015

Ketika Jaguh Tinju Manny Pacquiao Melihat Malaikat Dan Mendengar Suara Tuhan

Jaguh Tinju Manny Pacquiao (Gambar dari video Fox News)

Dia membesar dalam keadaan miskin di Filipina dan mula bekerja pada usia yang muda untuk menyara ibunya setelah ibubapanya berpisah. Pada usia 14 tahun dia mula bertinju, dan makin meningkat sehingga memenangi 10 kejuaraan dunia. Tetapi pengakuan iman yang berani dalam Yesus Kristus dari pemegang kejuaraaan welterweight WBO ini yang membezakannya dari yang lain.

"Tuhan ada sesuatu tujuan," dia memberitahu Fox News. "Dia telah membawaku kembali ke dalam Kerajaan-Nya untuk memakaiku untuk memuliakan nama-Nya, supaya orang akan tahu bahawa ada Tuhan yang boleh membangkitkan seseorang dari tiada apa-apa kepada sesuatu."

Jumaat, 1 Mei 2015

Inilah Kata Terakhir Andrew Chan Sebelum Ditembak Pasukan Penembak

Andrew Chan (Gambar Kompas,com)

TRIBUN-BALI.COM, DENPASAR - Sepuluh tahun Andrew Chan ditahan di Lapas Kerobokan Bali, tepatnya pada 2005 yang lalu.

Selama 10 tahun itu pulalah Andrew banyak mempunyai sahabat-sahabat dekat. Satu di antaranya ialah M.A. Mirdjaja, yang seorang tokoh rohani. 

Mengapa Mereka Bernyanyi Ketika Di Hadapan Hukuman Mati?


Wahyu 'wepe' Pramudya
Oleh Wahyu 'wepe' Pramudya:

“Mengapa mereka bernyanyi ketika di hadapan hukuman mati, Pak Pendeta?” demikian bunyi sebuah pesan di inbox akaun facebook saya.” Apakah Pak Pendeta tahu lagu Amazing Grace yang mereka nyanyikan di hadapan para penembak yang mengarahkan senjata api pada mereka?”