Selasa, 30 Jun 2015

Kristus Penebus

Tugu Kristus Penebus (Christ the Redeemer) di Rio de Janeiro, Brazil

Di atas kota Rio de Janeiro, terletak tugu Kristus Penebus yang terkenal. Patung itu mengambil rupa Kristus dengan kedua tangan yang terentang lebar sehingga tubuh patung itu membentuk sebuah salib. Seorang arkitek yang berasal dari Brazil bernama Heitor da Silva Costa telah mereka bentuk patung tersebut, dan dia telah membayangkan bahwa penduduk kota akan melihat patung itu sebagai imej pertama muncul dari kegelapan pada waktu subuh. Sedangkan pada senja hari, ia berharap para penduduk kota itu akan melihat matahari yang sedang terbenam sebagai suatu lingkaran cahaya di belakang kepala patung tersebut.

Kesaksian Asmirandah, Artis Indonesia

Asmirandah Zantman, artis Indonesia

Berita mengenai Asmirandah berpindah agama sudah tersebar di masyarakat Indonesia. Pada mulanya khabar mengenai Asmirandah pindah agama masih tidak jelas, namun setelah ada pengesahan dan video kesaksian Asmirandah, berita ini sudah ternyata benar, bukan lagi sekadar spekulasi.

Isnin, 29 Jun 2015

Rev Franklin Graham Membidas Keputusan Mahkamah Agung Amerika Membenarkan Perkahwinan Sama Jantina

Rev. Franklin Graham

Rev. Franklin Graham telah memberi reaksi dalam laman Facebook terhadap keputusan kelebihan 5-4 undi Mahkamah Agung pada Jumaat lepas membenarkan perkahwinan sama jantina di 50 negeri di Amerika Syarikat. 

Jumaat, 26 Jun 2015

"Setinggi-Tingginya Gunung, Lebih Tinggi Kasih Tuhanku!"


"Sebab biarpun gunung-gunung beranjak dan bukit-bukit bergoyang, tetapi kasih setia-Ku tidak akan beranjak dari padamu dan perjanjian damai-Ku tidak akan bergoyang, firman TUHAN, yang mengasihani engkau." (Yesaya 54:10)

Walaupun akan terjadi gempa dan goncangan di bumi, sehingga gunung-gunung boleh beranjak dan bukit-bukit bergoyang, namun kasih Tuhan tetap bersama umat-Nya. 

Biarpun gunung bergoncang, namun biarlah iman kita kepada-Nya tidak goyah dan kasih kita terhadap-Nya tidak berubah. 

Khamis, 25 Jun 2015

Salib Dikembalikan Kepada Pelajar

Keratan laporan akhbar The Star (25 Jun 2015)

SHAH ALAM: Salib milik seorang remaja yang telah dirampas oleh seorang guru telah dikembalikan kepadanya oleh pihak sekolah.

Rabu, 24 Jun 2015

Salib Kekal Di Bangunan Sekolah Misi Sabah, Kata Putrajaya

Menurut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementrian Pendidikan pada Jun 2013, sekolah
misi Kristian dibenarkan mengekalkan nilai-nilai dan ciri-cirinya (Gambar fail The Malay Mail) 

KUALA LUMPUR, Jun 24 - Putrajaya telah membenarkan sebuah sekolah misi Sabah untuk mengekalkan salib yang baru dipasang di dinding bangunannya meskipun terdapat tekanan daripada ibubapa-ibubapa dan guru-guru Muslim agar simbol keagamaan Kristian itu diturunkan. 

Sekolah Misi Diberi Tekanan Agar Tidak Meletakkan Salib Di Bangunan

Daniel John Jambun, Presiden Yayasan Bopim

KOTA KINABALU: Presiden Yayasan Borneo's Plight In Malaysia (Bopim) yang berpusat di UK, Daniel John Jambun berkata bahawa dia telah mengesahkan kesahihan mesej WhatsApp yang telah diedarkan di media sosial. "Ianya berita yang telah disahkan," katanya.

Kesaksian Nafa Urbach, Artis Indonesia

Artis Indonesia, Nafa Urbach

Kesaksian dari seorang artis Indonesia, yang hidupnya hancur kerana putus cinta, jatuh ke dalam penyalahgunaan dadah, rokok dan minuman keras. Bagaimana dia harus kehilangan kontrak sinetron (drama bersiri) dan iklan kerana keputusan yang diambil untuk berani melangkah ke dalam kehidupan yang baru. Biarpun hari-hari terasa sulit ketika itu tetapi dia tetap mahu Percaya, bahwa Allah turut bekerja dalam segala perkara untuk mendatangkan kebaikan.

Selasa, 23 Jun 2015

Mahkamah Rayuan Arah KDN Pulangkan CD Kristian

Lim Heng Seng, peguam mewakili Jill Ireland, di luar Mahkamah Rayuan pagi ini selepas
keputusan mengarahkan Putrajaya memulangkan semula CD Kristian yang dirampas
- Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Jun 2015

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan Kementrian Dalam Negeri (KDN) memulangkan semula rampasan cakera padat (CD) yang mengandungi kalimah Allah milik seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland. 

Pelakon Fast & Furious Tyrese Gibson Nafi Peluk Islam

Pelakon Fast & Furious, Tyrese Gibson

Pelakon Hollywood yang terkenal dengan watak Roman Pearce dalam filem The Fast and the Furious, Tyrese Gibson, menafikan dia telah memeluk Islam.

Isnin, 22 Jun 2015

Aktor Lukman Sardi Umum Masuk Kristian

Aktor Lukman Sardi

KUALA LUMPUR 21 Jun – Pelakon popular Indonesia, Lukman Sardi (gambar) menggemparkan negara itu apabila mengumumkan keputusannya keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian.

Sabtu, 20 Jun 2015

Kesaksian Peribadi Johnny Lever, Raja Lawak Bollywood

Johnny Lever, Raja Lawak Bollywood

Johnny Lever - Ikon Humor Bollywood, Raja Komedi, Charlie Chaplin Junior, khazanah India untuk negara, Aslam bhai yang sangat berbakat - begitulah beberapa kata-kata yang digunakan untuk merujuk kepada Johnny Lever. Telah berlakon dalam lebih 300 filem, dia adalah pemilik 2 anugerah Filmfare yang berprestij.

Pada hari ini, Johnny adalah salah satu ahli komedi yang paling dihormati dan berpendapatan tinggi dalam industri filem India. Johnny berkongsi mengenai kebahagiaannya mengenali Kristus dalam satu temuramah eksklusif dengan CBN India. 

Khamis, 18 Jun 2015

Ahli-Ahli Kaji Purba Menemukan Tulisan Berusia 3,000 Tahun Mengenai Satu Nama Dari Alkitab

Sebuah pasu berusia 3,000 tahun yang diukir tulisan mengenai satu nama yang terdapat
dalam Alkitab, Eshbaal Ben Beda (Foto: Israel Antiquity Authority melalui AP)

Pihak berkuasa jabatan antik Israel berkata ahli-ahli kaji purba telah menemui satu tulisan berusia 3,000 tahun yang jarang ditemui mengenai satu nama yang pernah disebut dalam Alkitab.

Bethany Hamilton Melahirkan Anak Lelaki

Bethany Hamilton dan suami bersama Tobias, bayi lelaki mereka

Dia mendapat seorang anak lelaki! Bethany Hamilton baru saja melahirkan seorang bayi yang sihat dan riang!

Rabu, 17 Jun 2015

Bintang NBA, Stephen Curry Memuliakan Tuhan Setelah Warriors Meraih Kemenangan Bersejarah Kejuaraan NBA

Stephen Curry, MVP (Most Valuable Player) National Basketball Association telah
memimpin pasukan Golden State Warriors menjuarai Pusingan Akhir NBA 2015

Pemain yang meraih Most Valuable Player (MVP) National Basketball Association dan point guard untuk Golden State Warriors, Stephen Curry adalah seorang Kristian yang komited yang telah memimpin pasukannya meraih kemenangan bersejarah dalam Kejohanan NBA.

Asal Usul Kaum Dusun Di Sabah


Menurut sumber akademik, terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah.

(1) Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara (T.R. Williams: 1965). Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun.

Selasa, 16 Jun 2015

Chris Pratt, Pelakon "Jurassic World" Yang Tidak Malu Menyatakan Iman Kristiannya

Pelakon Chris Pratt dalam filem "Jurassic World"

Lebih sukar dijumpai di Hollywood daripada Indominus rex yang ganas dan pintar ialah seorang konservatif - yang mengakuinya secara umum.

Misi Kepada Orang Sengoi - "Sebutir Padi Yang Berbuah Banyak"

Buku "The Story of the Sengoi Mission"
William Napitapoeloe adalah seorang Batak dari Huria Kristen Batak Protestan. Dia pertama kali datang ke kampung Sengoi di Cameron Highlands pada tahun 1932, sebagai seorang guru di sekolah yang ditubuhkan oleh Methodist Home Missionary Society. Dia kemudian berpindah untuk bekerja dengan Perhimpunan Tuhan sekolah Assembly of God di Chenderiang, tetapi kemudian berpindah lagi ke Tanjung Malim dan Slim River, untuk melayani masyarakat Orang Asli tanah rendah. Dia mendapati berkhotbah dengan semangat evangelikal adalah lebih memuaskan daripada kerja harian mengajar pelajar Orang Asli untuk membaca, menulis dan menjaga kebersihan. 

Perjuangan Missionari Kristian Protestan I.L Nommensen Difilemkan


JAKARTA – Nama Ingwer Ludwig Nommensen tentu sudah tak asing di telinga orang-orang yang berasal dari Sumatera Utara. Dia adalah missionari Jerman yang menyebarkan agama Kristian Protestan di sana. Salah satu peninggalannya adalah gereja terbesar di tengah-tengah suku Batak Toba, yakni Huria Kristen Batak Protestan (HKBP).

Selasa, 9 Jun 2015

Malim Gunung Joseph Selungin, Terkorban Selepas Jadikan Tubuh Sebagai 'Perisai' Lindungi Dua Pendaki

Malim gunung, Joseph Selungin yang terkorban di Gunung Kinabalu

Artikel laman Siakapkeli mengenai malim gunung Joseph Selungin, wira yang terkorban demi menyelamatkan nyawa pendaki.

Joseph Selungin, seorang lagi Malim Guung hebat yang patut diangkat sebagai wira selepas melakukan sesuatu yang sungguh luar biasa untuk menyelamatkan pendaki yang menggunakan khidmatnya.

Isnin, 8 Jun 2015

Malim Gunung Robbi Sapinggi, Wira Yang Terkorban Demi Selamatkan Nyawa Pendaki

Robbi Sapinggi, malim gunung yang terkorban di Gunung Kinabalu

Artikel laman Siakapkeli mengenai malim gunung Robbi Sapinggi, wira yang terkorban demi menyelamatkan nyawa pendaki:

RANAU: Malim gunung Robbi Sapinggi, yang tekorban dalam gempa bumi Gunung Kinabalu merupakan seorang Malim Gunung yang menjadi pilihan ramai pendaki dalam dan luar negara.

Malim Gunung Kinabalu Tarik Perhatian Dunia

Kisah keberanian dan susah payah malim gunung ketika menyelamatkan pendaki kini tersebar
dengan meluas melalui media tempatan dan asing (Gambar diambil daripada Facebook)

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Peranan dan pengorbanan malim gunung dalam menyelamatkan pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi baru-baru ini menarik perhatian masyarakat dunia.

Ahad, 7 Jun 2015

Malim Gunung Jadi Penyelamat

Sebahagian daripada 30 malim Gunung Kinabalu yang menyertai misi menyelamat pendaki-
pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi - Gambar Bernama

RANAU - Tiga pendaki, iaitu antara 137 pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu, menyifatkan malim gunung telah melaksanakan misi yang sangat besar dan hebat.

Malim gunung menjadi penyelamat dan sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk memastikan semua pendaki selamat tiba di Pondok Timpohon, laluan permulaan untuk merasai pengalaman mendaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara.

Jumaat, 5 Jun 2015

Gempa Bumi 6.0 Skala Richter Melanda Sabah

Dinding kaca di bangunan BSN Ranau pecah akibat gempa bumi ukuran 6.0 di skala Richter

Penduduk-penduduk Sabah dikejutkan awal pagi tadi oleh gempa bumi yang telah dirasakan di seluruh Sabah. Berikut ialah laporan The Malaysian Insider mengenai kejadian itu dan beberapa gambar yang telah disebarkan melalui media sosial:

Gempa bumi sederhana berukuran 6.0 pada skala Richter dilaporkan berlaku berhampiran Kota Kinabalu, Sabah, kira-kira jam 7.15 pagi tadi.

Rabu, 3 Jun 2015

Baik Terima Penyelesaian Tak Sempurna Daripada Tiada Langsung, Kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau percaya ada penyelesaian kepada 
setiap masalah, walaupun jawapan itu tidak sempurna. Beliau berkata demikian semasa 
pelancaran organisasi Kristian baru Christians for Peace & Harmony Malaysia (CPHM)
di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 2 Jun, 2015.   

Penyelesaian hanya sebahagian pertikaian agama kadang-kadang lebih baik daripada tiada penyelesaian langsung dan lebih baik daripada mengambil tindakan undang-undang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini, pada majlis pelancaran sebuah organisasi Kristian baharu. 

Selasa, 2 Jun 2015

Orang-Orang Kristian Sabah Menolak "Pencerobohan" Kementrian Atas Bahan-Bahan Penerbitan Agama


Orang-orang Kristian di Sabah merasa terganggu oleh apa yang dikatakan sebagai, "pencerobohan yang tidak peka dan pelik" oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementrian Dalam Negeri dalam hal ehwal agama mereka dengan adanya cadangan baru prosedur operasi standard (SOP) mengenai kemasukan Alkitab yang mengandungi kalimah Allah ke Semenanjung.