Jumaat, 31 Julai 2015

25 Fakta Menarik Mengenai Penemuan Gulungan Kitab Laut Mati

25 Fakta Menarik Mengenai Koleksi
Gulungan Kitab Di Laut Mati
1. Koleksi Gulungan Kitab di Laut Mati telah dijumpai di sebelas gua di tebing barat laut Laut Mati di antara tahun 1947 dan 1956. Kawasan itu adalah 13 batu ke timur Yerusalem dan adalah 1300 kaki di bawah aras laut. Teks-teks yang kebanyakannya dalam kepingan serpihan, diberikan nombor menurut gua di mana mereka ditemui. Penemuan ini telah digelar penemuan paling besar untuk manuskrip di zaman modern. 

2. Cuma di Gua 1 dan 11 telah dijumpai manuskrip yang dalam keadaan hampir lengkap. Dijumpai pada tahun 1952, Gua ke-4 mengandungi penemuan yang paling besar. Lebih kurang 15,000 keping serpihan dari lebih 500 manuskrip telah ditemui. 

Khamis, 30 Julai 2015

Orang British Berjiwa Dusun

Keratan akhbar New Sabah Times bertarikh 24 Julai 2015

RANAU: Ramai orang tempatan dan generasi muda pada masa kini yang tidak mengenali sejarah kampung yang telah dimajukan pada 60-an oleh individu bukan warga tempatan yang terletak di Kampung Bongkud, di sini. 

John Trevor White, yang dipanggil nama Asang Ating diberi oleh penduduk Kampung Taginambur, yang bermaksud 'cerah' kerana banyak memberi sumbangan dan harapan tinggi kepada penduduk kampung yang telah beliau naik tarafkan. 

Isnin, 27 Julai 2015

Ayat-Ayat Alkitab Ditemukan Pada "Gulungan Ibrani Paling Kuno Sejak Penemuan Gulungan Laut Mati"

Ahli-ahli sains "terkejut besar" menemukan ayat-ayat Alkitab dari gulungan yang hangus ini
(Foto: Pihak Berkuasa Antik Israel/Shai Halevi)

Satu gulungan yang yang dipercayai berusia 1,500 tahun telah digali keluar berdekatan Laut Mati pada tahun 1970, tetapi para penyelidik baru sahaja berjaya mentafsirkan kandungan penemuan itu yang mereka gelar sebagai "gulungan Ibrani yang paling kuno ditemui sejak Gulungan-Gulungan Laut Mati."

Walaupun gulungan itu terbakar hangus dan digulung dengan ketat, ahli-ahli sains telah menggunakan teknologi pengimbas CT untuk menghasilkan imej keratan halaman, dengan demikian menunjukkan teksnya tanpa perlu membuka dokumen itu - yang kemungkinan akan lebih merosakkan ataupun menghancurkannya sama sekali.

Sabtu, 25 Julai 2015

Di Manakah Ayat-Ayat NIV Yang Hilang Itu?

Beberapa orang telah memberitahu saya mengenai satu catitan yang menjadi viral di media sosial mengenai ayat-ayat Alkitab yang didakwa kehilangan daripada terjemahan NIV dan beberapa terjemahan modern. Berikut ialah contoh catitan yang mungkin anda telah lihat dalam Timeline FB anda.



Tentu saja kita boleh faham bahawa orang-orang yang menghargai Alkitab akan menunjukkan reaksi kuat apabila mendengar bahawa seseorang atau sesuatu syarikat telah "mengubah" Firman Tuhan. Bagi orang-orang Kristian yang mendasarkan iman mereka pada apa yang tertulis dalam Alkitab, tidak ada hal yang lebih bersifat pencabulan daripada mengubahkan teks yang dianggap sebagai kata-kata Allah sendiri. Bagaimanapun kali ini, ianya jelas adalah satu tuduhan yang silap. Satu lagi kes klasik bahawa kita harus "berfikir sebelum mengklik" sebelum menyebarkan apapun di media sosial. Berikut beberapa ulasan pendik mengenai di manakah ayat-ayat NIV yang hilang itu:

Khamis, 16 Julai 2015

Adakah Alkitab NIV Melenyapkan 64,575 Perkataan?

Oleh Christopher D. Hudson:

Saya jarang melibatkan diri dalam perdebatan mengenai terjemahan Alkitab. Sebenarnya, saya jarang mengambil bahagian dalam kebanyakan perdebatan, sebab saya percaya misi saya ialah untuk mendorong orang untuk membaca, merenung dan mengapplikasikan apa yang tertulis dalam Alkitab.

Selagi orang membaca Firman Tuhan, saya tidak mengambil hal dengan pelbagai pendapat mengenai terjemahan-terjemahan Alkitab, gaya penyembahan, denominasi gereja dan sebagainya. Saya gembira bahawa kita sama-sama berkongsi iman dalam Tuhan Yesus Kristus, iaitu perkara yang pertama dan utama, dan saya berharap dapat berjalan bersama saudara-saudara seiman saya sambil kita melangkah dalam perjalanan bersama Yesus. 

Rabu, 15 Julai 2015

PGI: Gereja Tak Akan Restui Perkahwinan Sejenis

Penonton parade ikut bersukacita sewaktu Gay Pride Parade di Seattle pada 28 Jun 2015, dua
hari selepas Mahkamah Agung (Amerika Syarikat) mengesahkan secara undang-undang
pernikahan sesama jenis di 50 negeri-negerinya (Foto AP/Elaine Thompson)

JAKARTA, KOMPAS.com — Setiausaha Umum Persatuan Gereja-gereja di Indonesia (PGI), Pdt Gomar Gultom, mengatakan, gereja tidak akan merestui dan mengacarakan perkahwinan sejenis kerana hanya mengakui perkahwinan antara laki-laki dan perempuan.

Khamis, 9 Julai 2015

Sejarah Top 3 - Artikel Paling Popular Sepanjang Masa Di Blog domba2domba

Sejarah Top 3 - Artikel Paling Popular Sepanjang Masa

Blog domba2domba telah dimulakan pada 9 April 2011. Sejak masa itu beberapa artikel telah berjaya menduduki Top 3 - Artikel Paling Popular Sepanjang Masa dari masa ke masa. Inilah Top 3 Artikel Paling Popular Sepanjang Masa dalam sejarah blog ini (catitan terbaru hingga yang terdahulu);  

Rabu, 8 Julai 2015

Syeikh Pelatih ISIS Meminta Alkitab Kerana Muak Berperang

Para militan di kota Niniwe (Foto: AFP)

BEIRUT, SATUHARAPAN.COM -  Seorang syeikh (ketua suku) dari Arab Saudi yang bertanggungjawab untuk melatih militan ISIS - kelompok yang menamakan dirinya Negara Islam di Iraq dan Syria (Islamic State of Iraq and Syria) - dilaporkan telah meminta Alkitab kerana muak dengan kekejaman kelompok itu, seorang misionari di Timur Tengah mengatakan. 

Selasa, 7 Julai 2015

Lauren Holiday Baru Saja Memenangi Piala Dunia Dan Menggunakan Pentasnya Untuk Memuliakan Tuhan

Pemain-pemain Amerika Syarikat meraikan kemenangan Piala Dunia 2015

Seandainya anda terlepas berita ini, Lauren Holiday dan pasukannya telah menguasai perlawanan akhir Piala Dunia dengan kemenangan besar 5-2 ke atas Jepun. Holiday telah dianugerahkan gelaran Pemain Bola Sepak Wanita Terbaik Amerika Syarikat untuk Tahun 2014 dan trofi Piala Dunianya akan kelihatan segak bersebelahan dua pingat emas Olimpik dan empat anugerah NCAA All-American miliknya. Namun begitu jika anda menanya kepadanya apakah pencapaian terbesarnya, ianya tidak ada kaitan dengan bola sepak.

Isnin, 6 Julai 2015

Pelakon "Hercule Poirot" Selesai Rakam Bacaan Seluruh Alkitab

David Suchet semasa melakonkan watak "Hercule Poirot" dalam siri televisyen ITV

David Suchet telah menyelesaikan dua projek yang paling dekat di hatinya dua tahun lalu. Yang pertamanya dia telah selesai penggambaran sebagai "Hercule Poirot" dalam siri televisyen popular ITV yang telah berlangsung selama 25 tahun. Selepas 25 tahun sebagai "Hercule Poirot", detektif lagenda ciptaan pengarang Agatha Christie, Suchet dianggap pelakon yang paling menjiwakan watak itu dalam siri yang paling dekat jalan ceritanya dengan buku-buku karangan Christie. 

Lizzie Velasquez Mengatasi Cercaan "Hodoh" Dengan Hati Berani

Lizzie Velasquez pernah digelar "wanita terhodoh di dunia"

PETALING JAYA: Mereka menggelarnya hodoh tetapi dia menunjukkan kepada mereka bahawa dia seorang wanita yang berani di hati. 

Pada tahun 2006, apabila Lizzie Velasquez masih dalam usia remaja, dia menemukan satu video mengenai dirinya di YouTube, yang menggelarnya "wanita terhodoh dunia".

Sabtu, 4 Julai 2015

Orang-Orang Islam Dan Kristian Di Miri Mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama-Sama

Pemimpin-pemimpin masjid dan gereja bertukar-tukar kuih-muih di hadapan Gereja Good
Shepherd (dengan atap merah) dan Masjid An-Naim dekat Bandaraya Miri di Sarawak

MIRI: Orang-orang Islam dan Kristian telah mengadakan satu sesi berbuka puasa bersama-sama di sebuah masjid dan gereja yang telah didirikan bersebelahan satu sama lain di Bandaraya Miri. 

Acara semalam telah dihadiri oleh orang-orang Islam dan orang-orang Kristian dari gereja-gereja Anglikan, Katolik, SIB, dan Methodis dan telah menjadi satu tradisi yang unik yang mencerminkan hubungan istimewa di kalangan umat dari semua latarbelakang agama di sini.

Hanya Di Miri, Sarawak - Gereja Dan Masjid Membuka Ruang Letak Kereta Untuk Satu Sama Lain

(Foto: Masjid An-Naim dan Gereja Good Shepherd di Lutong, Miri)



Ayat-Ayat Alkitab Mengenai Perkahwinan Dan Homoseks


Selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan menyetujui perkahwinan sama jantina baru-baru ini, ramai orang mula mencari ayat-ayat Alkitab yang dapat menjawab dengan jelas persoalan mengenai hubungan homoseks.

The Gospel Herald mengambil keputusan untuk membantu orang ramai dalam pencarian mereka dengan menyusun satu senarai ayat-ayat Alkitab yang secara langsung berbicara mengenai homoseks dan perkahwinan mengikut takrifan Tuhan.

Jumaat, 3 Julai 2015

Jeremy Lin Berkata Iman Kristiannya Telah Membantunya Melalui "Tahun Paling Sukar" Dalam Hidupnya

Jeremy Lin , pemain Los Angeles Lakers berusaha mengawal Stephen Curry, Golden State
Warriors dalam satu perlawanan NBA di Staples Center, Los Angeles pada 23 Dis 2014

Pemain point guard Los Angeles Lakers, Jeremy Lin baru saja menjalani "tahun paling sukar" dalam hidupnya sebagai anggota pasukan Los Angeles Lakers dalam National Basketball Association (NBA). Tetapi dia mengatakan bahawa iman Kristiannya yang kukuh telah menjadi sumber kekuatan dan dorongan baginya ketika waktu-waktu yang sukar dalam hidupnya.

Rabu, 1 Julai 2015

Pelajar-Pelajar MRSM Betong Terkejut Dengan "Syarat Wajib" Ambil Bahasa Arab

Sebahagian laporan The Borneo Post bertarikh 30 Jun 2015

KUCHING: Pelajar-pelajar bukan Islam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong dan ibubapa-ibubapa mereka terkejut apabila mereka dimaklumkan bahawa mereka wajib mengambil mata pelajaran bahasa Arab.

Gereja Sabah Dipuji Kerana Buka Kawasan Letak Keretanya Untuk Pengunjung-Pengunjung Bazar Ramadan

Gereja Church of Mary Immaculate di Kota Kinabalu membuka kawasan letak keretanya
kepada pengunjung-pengunjung bazar Ramadan yang bersebelahan dengannya

KOTA KINABALU, 30 Jun - Sebuah gereja Katolik di sini telah mengizinkan kawasan meletak keretanya untuk digunakan oleh pengunjung-pengunjung bazar makanan bersebelahan yang diadakan untuk bulan suci Ramadan orang-orang Muslim.