Isnin, 31 Ogos 2015

Senarai Artikel "Top 10 Facebook Like" Di Blog domba2domba



Pada Mei yang lalu saya telah menerbitkan senarai Top 10 Artikel Paling Popular Sepanjang Masa, yang dikira mengikut bilangan pageview yang diperolehi artikel-artikel di blog domba2domba. Pada umumnya semua senarai artikel popular di blog ini (samada bulanan, tahunan atau sepanjang masa) dikira berdasarkan jumlah pageview yang diperolehi.

Namun begitu, oleh kerana artikel-artikel itu juga dikongsi di media sosial seperti Facebook, saya teringin tahu apakah artikel-artikel dari blog ini yang paling popular di Facebook, atau dengan lain kata, yang mendapat Facebook "Like" yang terbanyak. 
  
Dan hasilnya, berikut ini saya sudah mendapatkan senarai artikel dengan Top 10 Facebook Like di blog domba2domba:

Sabtu, 29 Ogos 2015

Pelancaran Album BM "Coming Back" Oleh SIB KL Lake City

Baris depan dari kiri ke kanan: Ricky Sutanto, Cilivella Jamious, dan Pastor Kenny Tham

Oleh Pastor Kenny Tham:

Sebagai Senior Pastor SIBKL Lake City, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuhan atas kejayaan menerbitkan album pertama kami bertajuk "Coming Back," Kami memuji Tuhan untuk album sulung ini kualitinya yang tinggi, penyusunan muzik yang baik, dan adunan suara yang pelbagai.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Rancangan TV "Answered Prayers" Diberi Waktu Siaran Utama Selepas Ulasan Memberangsangkan

Roma Downey, penerbit rancangan TV "Answered Prayers"

Rancangan TV baru penerbit Kristian Roma Downey yang dinamakan "Answered Prayers" (Jawaban Doa) telah diberikan waktu siaran yang lebih bagus setelah ianya menerima ulasan memberangsangkan daripada para peminat dan pemimpin-pemimpin doa dari seluruh Amerika Syarikat. 

Kota Kediaman Maria Magdalena Telah Ditemui

Kota Magdala yang ditemui di tebing barat Laut Galilea

Ahli-ahli kaji purba telah menemukan apa yang kemungkinan adalah rumah ibadah di bahagian tengah Magdala, kota kediaman Maria Magdalena, saksi penyaliban dan kebangkitan Yesus Kristus.

Rabu, 19 Ogos 2015

Cinta Tidak Mengenal Agama Di Sabah

Reverend Father Abel Madisang menerima ucapan tahniah daripada ahli-ahli keluarga dan
 kawan-kawan selepas upaca pentahbisannya di Gereja Katolik Ranau pada 3 Mei 2015
(Foto yang di pos ke Facebook ini telah diambil oleh Bro Benn)

Imbas kembali - terjemahan artikel Rakyat Post penulisan Sandra Sokial beberapa bulan lepas:

KOTA KINABALU, 5 Mei 2015:

Pentahbisan untuk melayani Tuhan adalah satu penghormatan dan itulah yang dirasakan oleh Reverend Father Abel Madisang, terutamanya apabila dia dikelilingi oleh orang-orang tersayang.

Tetapi apa yang membuat peristiwa penuh kenangan ini lebih unik lagi, adalah hakikat bahawa kawan-kawan dan keluarga Abel telah mengetepikan seketika kepercayaan agama mereka untuk merayakan hari istimewanya.

Khamis, 13 Ogos 2015

CCM Mahu Menteri Pendidikan Minta Maaf Kerana Menyalahkan Orang-Orang Kristian

Rev Dr Hermen Shastri (Foto The Malaysian Insider)

PETALING JAYA: Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) telah menyatakan kebimbangan mengenai menteri pendidikan yang baru dilantik Datuk Seri Mahdzir Khalid yang telah mendakwa bahawa orang-orang Kristian dan Yahudi "sedang memecah-belahkan orang-orang Melayu."

Selasa, 11 Ogos 2015

Tahukah Anda... Kristian Adalah Agama Majoriti Di 157 Negara?


Agama Majoriti Mengikut Negara (Tahun 2010)

Kajian Pew Forum menunjukkan bahawa penganut Kristian merupakan majoriti di 157 negara di sekeliling dunia. Muslim adalah majoriti di 49 negara, termasuk 19 daripada 20 negara Timur Tengah dan Afrika Utara. Penduduk tanpa anutan agama menjadi majoriti di 6 negara (dengan China merupakan jumlah populasi terbesar).

Isnin, 10 Ogos 2015

Tahukah Anda... 10 Negara Terbesar Di Dunia?

Negara-negara terbesar di dunia dari segi jumlah keluasan kawasan, termasuk tanah dan air, mengikut sempadan antarabangsa.


Sabtu, 8 Ogos 2015

Viral: Dua Beradik Kembar, Dua Iman, Satu Senyuman


Sekeping foto yang kelihatannya menunjukkan sepasang adik-beradik perempuan kembar seiras di Indonesia, yang seorang memakai hijab tradisional Islam, dan seorang lagi memakai jubah seorang rahib Katolik, telah menjadi viral di ruang Twitter Indonesia. 

Berdoa Di Kaki Gunung Kinabalu


Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC) bersama dengan Komisi Hal Ehwal Sabah (COSA) NECF dan Persekutuan Pastor Sabah (SPF) telah menganjurkan satu perhimpunan doa baru-baru ini sebagai respon kepada undangan Sabah Parks untuk berdoa untuk Gunung Kinabalu, selepas ianya dilanda gempa bumi pada 5 Jun yang telah meragut 18 nyawa dan menyebabkan ramai yang lain kerosakan rumah dan trauma emosi. 

Jumaat, 7 Ogos 2015

Perjalanan Mukjizat Membawa Alkitab Di Vietnam Melalui Sekatan-Sekatan Polis

Seorang lelaki Vietnam membaca Alkitab

Seorang Kristian yang membawa Alkitab melalui Vietnam telah dapat melepasi beberapa sekatan pemeriksaan polis tanpa dihalang dalam apa yang disebut kejadian mukjizat. 

Pintu Masuk Ke Gat, Kota Asal Goliat Ditemui

"Pintu Goliat" - pintu masuk ke kota Gat ditemui

Satu pintu gerbang besar yang telah ditemui di Israel mungkin menandakan pintu masuk ke sebuah kota alkitabiah, yang pada waktu kegemilangannya, adalah kota terbesar di wilayah itu. Kota itu, yang dipanggil Gat diduduki sehingga kurun kesembilan Sebelum Masihi. Dalam penceritaan alkitabiah, orang-orang Filistin - musuh ketat umat Israel - memerintah di kota itu. Perjanjian Lama juga mengisahkan Gat sebagai kediaman Goliat, pahlawan gergasi yang telah direbahkan oleh Raja Daud dari Israel dengan satu humbanan batu. Penemuan baru ini menunjukkan betapa megahnya kota kuno Filistin itu, kata Aren Maeir dari Universiti Bar-Ilan di Israel, ketua kaji purba untuk penggalian ini. 

Rabu, 5 Ogos 2015

Adakah Saya Mengasihi Orang-Orang Gay? - Ps. Brian Houston


Oleh Ps. Brian Houston:

Saya mengasihi dan mengambil berat mengenai orang - dari semua lapisan hidup, orang-orang yang pelbagai kepercayaan, etika, perspektif dan gaya hidup. Saya mengambil berat bahawa kemanusiaan dan setengah-setengah orang dalam kegerejaan Kristian boleh begitu cepat untuk mengasingkan dan mengucilkan mereka yang berbeza daripada mereka; mereka yang hidup berbeza, fikir berbeza, cakap berbeza. 

Kenyataan Gereja Hillsong Mengenai Isu Hubungan Sejenis (Gay)


Kenyataan Gereja Hillsong oleh Senior Pastor Brian Houston
Ogos 2015

Saya ingin membetulkan laporan-laporan bahawa Gereja Hillsong mempunyai "satu pasangan yang mengaku secara terbuka hubungan sejenis (gay) dan memimpin koir" di gereja kami di Bandaraya New York. Pendirian Hillsong mengenai homoseks dan perkahwinan sejenis tidak pernah berubah dan konsisten dengan Alkitab. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, saya percaya bahawa ajaran Paulus adalah jelas mengenai perkara ini. Beberapa bulan yang lalu, apabila salah seorang daripada pemimpin koir kami membuat satu kenyataan umum yang tidak disangka mengenai pertunangannya dengan seorang lelaki yang kadangkala menyanyi dalam koir, ianya juga adalah kejutan yang sesungguhnya kepada kami juga. Saya telah difahamkan bahawa mereka tidak lagi terlibat dalam kepimpinan aktif atau dalam peranan pelayanan sejak masa itu. Dengan mengatakan itu, kami masih mengasihi mereka dan mengakui bahawa mereka - seperti setiap kita - adalah dalam satu perjalanan, dan peranan kami sebagai satu gereja ialah membantu mereka dalam perjalanan ini dengan kasih karunia dan belas kasihan.

(Diterjemah daripada kenyataan akhbar Hillsong Church bertakuk "Hillsong Church Statement By Senior Pastor Brian Houston" bertarikh 4 Ogos 2015)

Baca juga:  Adakah Saya Mengasihi Orang-Orang Gay? - Ps Brian Houston


Isnin, 3 Ogos 2015

Tiga Hubungan Yang Orang Kristian Perlukan


Oleh J. Lee Grady:

Apabila Yesus memulakan pelayanannya, Dia tidak menyewa dewan besar untuk kempen penginjilan, memulakan senarai pos, atau meletakkan papan iklan di seluruh Yerusalem untuk mengumumkan playanan penyembuhan-Nya. Tidak, perkara pertama yang Dia lakukan ialah mengumpulkan sekumpulan pengikut yang erat dengan-Nya.

Dia memanggil mereka kawan-kawan-Nya.

Sabtu, 1 Ogos 2015

Kesaksian Ari Wibowo: "Kenapa Saya Tidak Membintangi Filem Laga Lagi?"

Artis Indonesia, Ari Wibowo

Kesaksian artis Ari Wibowo. Anda ingin tahu jawabannya, kenapa dia sudah tidak lagi bermain filem laga dan pernah sebagai pengguna dadah. Bagaimana dia dapat meninggalkan kehidupan dia yang lama dan memulai melangkah dalam hidupnya yang baru. Baca kesaksian di bawah ini...?