Sabtu, 26 September 2015

Tracy Trinita, Supermodel Indonesia Masuk Kristian Jadi Pastor

Tracy Trinita sebagai seorang model (Gambar dari laman Facebooknya)

Bekas supermodel Tracy Trinita masuk Kristian, meninggalkan industri itu untuk belajar di Oxford dan menjadi seorang pastor. Dia kini menjelajah dunia untuk menyebarkan Injil. 

Jumaat, 25 September 2015

Kesaksian Gabenor Jakarta, Ahok

Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama (Ahok)

“Pegangan utama saya dalam menjalankan tugas saat ini hanyalah Perlembagaan, namun nilai hidup saya standardnya adalah firman Tuhan.

Saya katakan, bahawa apabila seorang hamba Tuhan terbukti bersalah, saya tidak akan membelanya, tetapi membiarkannya melewati proses undang-undang. Saya tidak takut mati demi Perlembagaan.

Khamis, 24 September 2015

Terbukti: Perjanjian Baru Disokong Oleh 25,000 Manuskrip!

Manuskrip Perjanjian Baru (Yunani)

Bilangan Manuskrip dan Kedekatannya dengan Manuskrip Asal

F.E. Peters menyatakan bahawa dari segi manuskrip sahaja, penulisan yang membentuk Perjanjian Baru ialah yang paling banyak disalin dan paling meluas disebarkan di kalangan buku-buku zaman kuno. 

Selasa, 22 September 2015

Terbukti - Perjanjian Lama Telah Disalin Turun Temurun Dengan Amat Tepat Sekali

Gulungan-Gulungan Kitab Laut Mati telah ditemui dekat Laut Mati dari 1947-1956

Gulungan-gulungan Kitab Laut Mati dan Teks Masoretik

Gulungan-gulungan Kitab Laut Mati memainkan peranan amat penting untuk menilai ketepatan penyalinan Perjanjian Lama. Dengan ratusan manuskrip daripada setiap buku kecuali Ester (ditemui dekat Laut Mati), perbandingan yang teliti dapat dijalankan dengan teks-teks yang lebih baru. 

Sabtu, 19 September 2015

Tahukah Anda... Negara-Negara Dengan Tahap Penganiayaan Paling Teruk Terhadap Orang-Orang Kristian?

50 Negara Dengan Penganiayaan Paling Teruk Terhadap Orang-Orang Kristian

Open Doors, sebuah pertubuhan yang melayani orang-orang Kristian teraniaya telah menerbitkan Senarai Pemerhatian Dunia (World Watch List) yang menunjukkan tahap penganiayaan terhadap orang-orang Kristian di dunia. Korea Utara menduduki tempat teratas dengan 92 markah daripada 100, sebagai negara di mana paling teruk penganiayaannya terhadap orang Kristian.

Doa 25 Jam Di Sibu Berakhir Dengan Mesej Kasih

Sekumpulan pemuda-pemudi mengibarkan bendera Malaysia dan negeri semasa penutupan 

SIBU: Perhimpunan Doa 25 Jam Untuk Malaysia di Sibu Gateway berakhir pada Rabu malam dengan mesej kasih.

Filem "Captive" Akan Menawan Hati Anda, Kata Ps. Rick Warren

Poster Filem "Captive"

Pastor Rick Warren dari Saddleback Community Church telah memberi sokongan untuk "Captive" (Tawanan) sebuah filem yang menceritakan kisah benar seorang penagih dadah (methamphetamine) Ashley Smith Robinson yang dijadikan tawanan oleh Brian Nichols dan bagaimana kedua-dua hidup mereka telah berubah kerana buku bestseller Warren "The Purpose Driven Life."

Isnin, 14 September 2015

"90 Minutes In Heaven" Dijadikan Filem

Filem "90 Minutes In Heaven" mula ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat pada 11 Sep 2015

Dikenali di sekeliling dunia sebagai "Pastor Pembawa Pengharapan," penulis buku terkemuka Don Piper berkata dia mengalami sukacita syurga selama lebih kurang 90 minit setelah dia mengalami nahas kereta yang teruk pada 18 Januari 1989. Dan kini ingatannya mengenai pengalaman itu telah jadikan filem "90 Minutes In Heaven," yang mula ditayangkan pada Jumaat lepas, 11 September di 800 pawagam di Amerika Syarikat.

Ahad, 13 September 2015

Kesaksian Don Piper - Mati Dalam Nahas, 90 Minit Di Syurga


CBN.com - MENYEBERANGI JAMBATAN

Don Piper tidak tahu bahawa 18 Januari 1989 adalah hari terakhirnya di Bumi. Dia sedang dalam perjalanan kembali ke rumah dari Pusat Persidangan Trinity Pines lapan puluh batu di utara Houston. Don dijadualkan berkhutbah di gerejanya pada malam itu. 

Sepuluh minit selepas dia meninggalkan pusat persidangan itu, dia memandu di atas sebuah jambatan menyeberangi Tasik Livingston. Lori bertayar lapan belas datang dari arah bertentangan, menghentam kereta Ford Escortnya, dan membunuhnya. Don telah diisytiharkan mati oleh empat pegawai perubatan kecemasan. 

Sabtu, 12 September 2015

Gerakan Doa Tanpa Henti Untuk Menjangkau Ateis Di China


Selama dua puluh empat jam dalam sehari, tujuh hari dalam seminggu, ribuan umat Kristian berkumpul di sudut timur laut China untuk mengadakan gerakan doa 24/7 yang belum pernah terjadi sebelumnya. Inisiatif doa nasional yang dimulai sejak enam tahun lalu sebagai perkumpulan kecil ini, telah menyatukan ratusan gereja di negara komunis ini. 

Khamis, 10 September 2015

Biar Orang-Orang Kristian Import Bahan Cetakan Dengan Kalimah Allah, Pemimpin Agama Memberitahu Putrajaya

Lapan CD yang mengandungi kalimah Allah ini telah dikembalikan kepada Jill Ireland

Seorang pemimpin agama hari ini memberitahu Putrajaya agar mengikuti perintah mahkamah berkenaan pengimportan bahan cetakan dan barangan keagamaan yang mengandungi kaliman Allah, berikutan perintah untuk mengembalikan 8 CD yang telah dirampas tujuh tahun yang lalu daripada seorang wanita Kristian Sarawak.

Perasaan Bercampur Aduk Dirasakan Wanita Sarawak Apabila Putrajaya Akhirnya Kembalikan CD Dengan Kalimah Allah

Setiausaha eksekutif NECF Alfred Tais menerima kembali 8 CD milik Jill Ireland

SEPANG, 10 Sep - Wanita Kristian Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill mengalami "perasaan bercampur-aduk" mengenai pemulangan 8 CD yang mengandungi kalimah Allah yang telah dirampas daripadanya 7 tahun yang lepas, wakilnya memberitahu hari ini. 

Selepas Tujuh Tahun Di Mahkamah, Kementrian Dalam Negeri Akan Kembalikan 8 CD Milik Wanita Kristian Sarawak Esok

Gambar fail menunjukkan Annou Xavier, peguam yang mewakili Jill Ireland menjawab soalan
wartawan di luar Makhmah Tinggi Kuala Lumpur ( Gambar oleh Choo Choy May)

KUALA LUMPUR, 9 Sep - Kementrian Dalam Negeri telah memberitahu Jill Ireland Lawrence Bill dari Sarawak bahawa cakera-cakera padat kepunyaannya yang mengandungi kalimah Allah yang telah dirampas tujuh tahun lalu akan dikembalikan kepadanya esok, begitu disahkan oleh peguamnya.

Isnin, 7 September 2015

Gambar Dengan Salib Yang Dikaburkan Adalah Kesilapan, Bukan Satu Diskriminasi Terhadap Orang-Orang Kristian


Akhbar The Borneo Post telah memberikan penjelasan mengenai kesilapan dalam gambar di akhbarnya bertarikh 4 September di mana salib dalam gambar tersebut telah dikaburkan. Berikut penjelasan The Borneo Post:

Datuk Ng Moon Hing Dilantik Menjadi Ketua Gereja Anglikan Asia Tenggara

Bakal Biskop Besar Datuk Ng Moon Hing dan Biskop Besar Datuk Bolly Lapok

Right Rev Datuk Ng Moon Hing, Biskop Malaysia Barat, telah dilantik Ketua Kegerejaan Anglikan Asia Tenggara semasa mesyuarat khas Sinode Kewilayahan pada 2 September di Sandakan, Sabah.

Dia akan menjadi Biskop Besar kelima untuk melayani Wilayah itu, yang terdiri daripada diosis-diosis Kuching, Sabah, Singapura dan Malaysia Barat.

Sabtu, 5 September 2015

SIB Bertumbuh Paling Cepat

SIB kini memiliki 300,000 anggota di seluruh negara - Foto Choo Choy Moy

Artikel ini asalnya telah diterbitkan oleh The Malaysian Insider lima tahun yang lalu, pada Mei 2010. Dua tiga hari yang lalu saya perhatikan artikel ini mula dipetik dan disebarkan semula oleh kawan-kawan di Facebook. Berikut ialah terjemahan artikel penulisan Debra Chong mengenai pertumbuhan dan perkembangan Sidang Injil Borneo (SIB);

KUALA LUMPUR, 28 Mei - Gereja Roman Katolik mungkin memiliki pengikut berjumlah sejuta orang, tetapi Sidang Injil Borneo (SIB) adalah gereja yang paling cepat bertumbuh di Malaysia hari ini.   

Jumaat, 4 September 2015

Filem "War Room" (Kamar Perang) Lebih Bagus Dari "Courageous" dan "Fireproof"


Filem Kristian "War Room" telah mendapat jualan tiket $11 juta di pawagam pada hujung minggu pembukaannya meskipun hanya ditayangkan di 1,135 pawagam. Ianya menduduki tempat No. 2 di belakang "Straight Outta Compton" yang mendapat $13.2 juta, tetapi ditayangkan di 3,142 lokasi. Berikut ulasan filem "War Room" oleh Michael Foust di The Christian Post: