Isnin, 30 November 2015

"A Charlie Brown Christmas" Merayakan 50 Tahun Penyiaran!

Charlie Brown dan Linus dalam siaran animasi "A Charlie Brown Christmas"

Apakah makna Krismas? Linus, watak komik Peanuts dalam siaran animasi perayaan "A Charlie Brown Christmas", yang telah disiarkan di televisyen 50 tahun berturut-turut, memberi jawabannya kepada Charlie Brown dengan mengungkapkan kata-kata ini; 

Jumaat, 27 November 2015

Asmirandah Ungkap Kehidupan Rumah Tangga Bersama Jonas

Jonas Rivanno dan Asmirandah  (Foto: KapanLagi.com)

Vemale.com - Apa khabar Asmirandah dan juga Jonas Rivanno? Lama tak terdengar khabarnya di layar kaca keduanya ternyata memang tak terlalu fokus dalam dunia hiburan lagi. Selepas menikah, Asmirandah dan juga Jonas Rivanno seakan menghilang dari gemerlap dunia hiburan. Dilaporkan oleh KapanLagi.com (4/10), Asmirandah sekarang memang lebih fokus di dunia rekaan fesyen.

Khamis, 26 November 2015

Justin Bieber Gunakan Konsert Di L.A. Untuk Perkatakan Imannya

Justin Bieber dalam suatu persembahan konsert

Justin Bieber telah banyak berkata mengenai iman Kristiannya dan berkata bahawa dia sedang mengubah cara hidupnya. Bintang pop itu mempraktikkan apa yang dikatakannya semasa suatu konsert di mana, selepas mempersembahkan lagu-lagu dari albumnya yang baru, dia menggunakan masa di pentas untuk berkata mengenai hubungannya dengan Tuhan.

Rabu, 25 November 2015

Justin Bieber Mengubah Konsert Menjadi Kebaktian Gereja

Justin Bieber

Justin Bieber meneruskan transformasi imejnya dari seorang selebriti muda yang bermasalah kepada seorang bintang pop yang berhati tulus dan dipulihkan. LA Times baru-baru ini menyiarkan ulasan mengenai suatu konsert yang diadakan baru-baru ini untuk mempromosi album barunya Purpose, dengan memberi tajuk berita "Bagaimana Justin Bieber Mengubah Staples Center Menjadi Megachurch" Dalam ulasan itu, akhbar itu menyatakan,

Sabtu, 21 November 2015

Karnival Krismas Jalan Gaya (iReport CNN 2012)


Oleh WanderRock  |  diterbitkan 11 Disember 2012  |  Kota Kinabalu, Malaysia

"NOTA PENERBIT CNN; iReporter Peter Harris telah bertukar Krismas bersalji putihnya di Wisconsin dengan cuaca panas dan lembap Malaysia pada Krismas ini.
Penyelaras program sukarelawan yang berusia 33 tahun ini telah mengambil foto ini berkenaan Karnival Krismas tahunan di Kota Kinabalu, Malaysia di mana dia sedang bertugas.

Jumaat, 20 November 2015

Perbicaraan City Harvest: 21 Bulan Hingga 8 Tahun Penjara Untuk Pemimpin-Pemimpin

(Dari kiri ke kanan) Sharon Tan, Chew Eng Han, Kong Hee, Tan Ye Peng, John Lam, Serina Wee

Kong Hee telah dijatuhkan hukuman paling berat lapan tahun penjara sementara Sharon Tan menerima hukuman yang paling ringan 21 bulan.

"Kami Berhak Menyimpan Warisan Nenek Moyang Kami" — Stemmah Sariau

Mendiang Pr. Stemmah Sariau

Beberapa tahun yang lalu, Pr. Stemmah Sariau telah menulis mengenai warisan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kehidupan dan ibadah harian orang-orang Bumiputera Kristian dari Sabah dan Sarawak. Berikut ialah artikelnya yang telah diterbitkan oleh The Malaysian Insider pada 6 Januari 2010;

Khamis, 19 November 2015

Eulogi Untuk Pastor Stemmah Sariau (dari Pedoman Harian)


Eulogi untuk Pastor Stemmah Sariau (dari Pedoman Harian):

Kami telah menerima berita yang amat sedih bahawa Pastor Stemmah Sariau telah kembali kepada Tuhan pada pagi 18hb November 2015. Takziah diucapkan kepada Pastor Richard Samporoh dan tiga orang anak mereka, Lenny Lysandra, Kenny Kevin & Esther Rimah bagi kehilangan ini.

Rabu, 18 November 2015

Pr. Stemmah Sariau - Jasamu Tetap Dikenang

Pr. Stemmah Sariau dengan suaminya,  Rev. Richard Samporoh

Pr. Stemmah Sariau, isteri kepada Rev. Richard Samporoh telah meninggal dunia secara mengejut pagi tadi. Pr. Stemmah merupakan seorang yang sangat disayangi oleh jemaat gereja-gereja SIB khususnya dan masyarakat Kristian di Malaysia umumnya. Dia dan suaminya, Rev. Richard telah memain peranan penting merintis sidang-sidang gereja SIB di Semenanjung. Saya pertama kali mengenalinya sewaktu mengikuti kursus penulisan asas yang dikendalikannya untuk pemuda-pemudi Kristian di Petaling Jaya bertahun yang lalu. Dia telah bertugas sebagai  penterjemah untuk Alkitab Bahasa Malaysia, dan juga menjadi editor dan penterjemah Pedoman Harian. Berikut ialah catitan Facebook oleh Pr. Danil Raut, Presiden SIB Semenanjung yang telah dimuatkan petang tadi;

Mukjizat Di Tengah Serangan Maut Pengganas Di Paris

Penonton-penonton memasuki padang selepas mendengar berita mengenai pengeboman itu

Oleh Robert Baxter:

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana kasih dan sokongan anda semasa apa yang kini digelar sebagai serangan menggerunkan (terror attack) paling teruk di tanah Perancis dalam sejarah negara ini. Orang-orang dari sekeliling dunia telah menyampaikan rasa kesatuan mereka dengan kami. Dan kami sangat-sangat berterima kasih untuk itu.

Selasa, 17 November 2015

12 Kutipan Kata Paling Mencabar Daripada Oswald Chambers

Oswald Chambers

Hampir 100 tahun selepas kematian pengkhutbah ini, bukunya, 'My Utmost For His Highest' kekal sebagai karya yang agung.

Tidak banyak buku yang diterbitkan pada abad yang lepas yang telah membawa impak kepada lebih ramai orang Kristian daripada buku Oswald Chambers. My Utmost For His Highest. Dikompilasikan daripada khutbah-khutbah, pengajaran dan mesej-mesej yang telah disampaikannya dalam sepanjang hidupnya - yang sebahagian besarnya telah didedikasikan kepada pelayanan - buku itu telah diterbitkan selepas kematiannya, tetapi telah meneruskan legasinya untuk bergenerasi..

Jumaat, 13 November 2015

6 Cara Yang Salah Untuk Meninggalkan Sebuah Gereja


Oleh J. Lee Grady:

Kawan saya "Stewart" (bukan nama yang sebenar) merupakan salah seorang pastor yang paling peramah saya kenali dan isterinya juga seorang pemimpin yang menunjukkan teladan yang baik. Tetapi beberapa tahun yang lalu, mereka mula mendapat emel dari seorang anggota gereja yang tidak mendedahkan siapa dirinya. Mesej-mesej itu berbentuk sangat mengkritik dan disertai dengan ancaman. Kemudian satu bungkusan yang kecil dihantar ke gereja. Ianya diisi penuh dengan serbuk putih. 

Stewart menelefon polis sebagai langkah berjaga-jaga  dan serbuk itu akhirnya didapati adalah tepung yis. Pastor dan isterinya telah mendapat tahu secara langsung bahawa mesej-mesej yang memberi amaran dan bungkusan kecil itu datangnya dari seorang anggota gereja yang kemarahan. Tingkahlaku anggota gereja yang pelik itu menunjukkan bahawa setengah-setengah orang Kristian tidak berkelakuan sebagai orang Kristian semasa mereka meninggalkan sesebuah gereja.

Denzel Washington Berbicara Mengenai Kuasa Doa Dan Iman

Pelakon terkenal, Denzel Washington

Pelakon Denzel Washington adalah pembicara utama Majlis Makan Amal Church of God In Christ hujung minggu lepas. Setelah memimpin 1,200 para hadirin dalam doa Bapa Di Syurga, dia berbicara mengenai perjalanan imannya. Dia berbicara mengenai ayahnya sendiri, yang telah menjadi pastor selama enam dekad, yang akan selalu menghadiri Perhimpunan Agung denominasi itu - dan bagaimana pertemuannya dengan seorang wanita di salun kecantikan ibunya telah membawanya kembali kepada iman. 

Khamis, 12 November 2015

Miri Terpilih Untuk Mengendalikan Shoebox Christmas Yang Pertama Di Sarawak

Pengurusan Mega Hotel dengan hadiah-hadiah sumbangan mereka (Foto FB Shoebox Miri)

MIRI: Bandar ini akan menjadi tuan rumah "Shoebox Christmas" (Kotak Kasut Krismas) yang akan datang - satu projek kebajikan yang diasaskan enam tahun yang lalu oleh individu-individu yang bukan di bawah naungan mana-mana kumpulan politik atau agama. 

Corat-Coret: "Ketika Saya Menulis..."


Saya telah terjemahkan satu lagi artikel untuk blog gembala2gembala semalam. Mungkin ada kawan-kawan yang tertanya-tanya, "Adakah apa-apa kaitan antara blog domba2domba dan gembala2gembala?" memandangkan kedua-dua blog mempunyai gaya nama yang serupa.

Selasa, 10 November 2015

Corat-Coret: Hari Yang Baru


Hari ini hari yang baru!

Sebaik terbangun dari tidur, terlintas di fikiran bahawa ini hari yang baru, dan saya manusia baru dalam Tuhan!

Saya ingin hidup bagi Tuhan  setiap hari, malah jika dapat setiap detik. 

Isnin, 9 November 2015

Dengarkanlah Ibubapa-Ibubapa Dayak, PKR Menggesa Ketua Menteri Sarawak Mengenai Penghantaran Ustaz

Ketua PKR Sarawak Baru Bian menolak kenyataan menteri negeri Datuk Fatimah Abdullah
bahawa ibubapa-ibubapa Dayak adalah "terlalu sensitif", dengan berkata pengalaman 
lampau menunjukkan bahawa kebimbangan mengenai guru-guru Muslim menukar agama 
atau cuba menukar agama pelajar-pelajar Kristian di Sarawak adalah berasas (Foto TMI)

Seorang ahli pihak pembangkang dewan undangan negeri hari ini meminta kerajaan Sarawak untuk peka kepada kehendak ibubapa-ibubapa Dayak yang menentang penghantaran seorang ustaz dari Semenanjung untuk menjadi guru besar di sebuah sekolah pedalaman. 

Ibu Bapa Dayak Digesa Agar Kurang "Sensitif", Di Tengah Protes Mengenai Guru Besar Islam

Menteri Sarawak yang bertanggungjawab untuk pendidikan, Datuk Fatimah Abdullah berkata
kementrian pendidikan telah memeriksa dengan terperinci latarbelakang guru besar baru
Muslim di SMK Sungai Paoh, Sarikei -  Gambar oleh Sulok Tawie

KUCHING, 7 Nov - Seorang menteri Sarawak hari ini menggesa ibubapa-ibubapa Dayak dan kumpulan-kumpulan berkepentingan agar berhenti merasa "sensitif secara perkauman dan keagamaan" sambil kumpulan etnik terbesar di negeri itu membangkitkan persoalan mengenai perlantikan seorang ustaz sebagai guru besar baru sebuah sekolah bermajoriti Dayak di Sarikei.

Sabtu, 7 November 2015

14 Kutipan Kata Dari Billy Graham Yang Telah Bantu Membentuk Kekristianan di Amerika


Billy Graham telah menjadi salah satu suara rohani paling berpengaruh di sekeliling dunia selama berdekad-dekad. 

Dia telah berkhutbah kepada beratus juta orang, bertemu dengan setiap Presiden Amerika Syarikat sejak Harry Truman, bersuara untuk hak kesamaan antara kaum pada 1950an dan 60an dan begitu banyak lagi. 

Berikut adalah beberapa kutipan kata yang paling menarik daripadanya.

Jumaat, 6 November 2015

Apakah Bahasa Asal Alkitab?


Dalam bahasa apakah Alkitab telah ditulis asalnya? Pastor-pastor dan pelajar-pelajar Sekolah Alkitab mungkin dapat menjawab soalan itu dengan mudah, tetapi bagi kebanyakan kita, mungkin hanya ada bayangan yang kabur bahawa Alkitab telah ditulis dalam salah satu bahasa yang sudah tidak dipakai lagi. Bahasa Yunani kuno? Latin, mungkin?

Khamis, 5 November 2015

Billy Graham: Mengkritik Pastor Anda Adalah Dosa

Rev. Billy Graham berkhutbah di rapat umum penginjilan di Oklahoma (Foto BGEA)

Soalan: Mengapakah setengah-setengah orang kelihatannya suka mengkritik pastor mereka? Saya menyertai satu persatuan masyarakat bersama beberapa kawan dari gereja lain, dan sepertinya semua yang mereka katakan adalah mengenai kekurangan pastor mereka. Haruskah saya mengatakan sesuatu kepada mereka?

Rabu, 4 November 2015

Kisah Sebenar Di Sebalik Penculikan Anak Lelaki Bekas Menteri

Datuk Chua Jui Meng dan laporan Malay Mail bertarikh 5 Ogos 2004

Pada 4 Ogos 2004, Damien Chua, anak lelaki kepada bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng telah dirompak dan diculik bersama keretanya semasa mengisi minyak di stesen minyak Projet di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Diselamatkan Oleh Malaikat - Kesaksian Damien Chua


Damien Chua
Pada sekitar 4 petang, pada 4 Ogos 2004, Damien Chua berhenti di sebuah stesen minyak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Sambil dia mengisi minyak ke dalam keretanya, dua lelaki berusia dua puluhan mendekatinya, mendakwa diri mereka adalah pembantu stesen dan menawarkan untuk membantunya. Chua menolak dan mereka mula berbual-bual dengannya.

Walaupun dia merasa syak, Chua cuma menyangka bahawa mereka ingin menjual barangan curi kepadanya. Sambil dia bersiap untuk pergi, seorang daripada mereka mengeluarkan sebilah parang yang telah disembunyikan dalam bajunya.

Isnin, 2 November 2015

Alkitab Berusia 1,000 Tahun Dengan Gambar Yesus Ditemui

Alkitab berusia 1,000 tahun ditemui di Turki dengan gambar-gambar tokoh Alkitab

Sebuah Alkitab berusia 1,000 tahun telah dilaporkan ditemui di Turki selepas polis menahan penyeludup-penyeludup yang cuba menjualnya bersama artifak lain yang mahal.