Khamis, 31 Disember 2015

Pengurus Justin Bieber: Jalan Kehancuran Yang Ditempuhi Bieber Dulu Menuju Maut

Pengurus bakat kepada Justin Bieber berkata Bieber kemungkinan mati
jika dia pergi jelajah pada tahun 2013 (Foto Reuters)

Pada hari ini, Justin Bieber kelihatan menjalani hidup dengan rendah hati, memberi kemuliaan kepada Tuhan di mana dia berkesempatan, dan memimpin khalayak ramai dalam doa sambil dia berusaha mengubah haluan hidupnya. 

Bieber yang ada pada hari ini jauh berbeza daripada apa yang dijangkakan oleh pengurusnya dua tahun yang lalu. Buat permulaannya, Bieber masih hidup lagi.

Rabu, 30 Disember 2015

7 Artikel Paling Popular 2015 Di Blog domba2domba

Anugerah Domba 2015
Tahun 2015 sudah sampai ke penghujungnya. Tibalah masanya untuk menilai kembali artikel-artikel yang paling popular di blog domba2domba sepanjang tahun 2015! Dari Januari ke Disember, kami telah memuatkan 260 artikel berkaitan kehidupan Kristian dalam pelbagai bentuk - berita, kesaksian, statistik dan lain-lain.

Berdasarkan data yang diberikan Blogger, inilah Anugerah Domba untuk 7 Artikel Paling Popular 2015 di Blog domba2domba...  

Selasa, 29 Disember 2015

Patung Domba Ditemui Sehari Sebelum Krismas Mungkin Seni Perlambangan Kristian

Para kaji purba menemukan patung batu marmar domba di Caesarea Harbor National Park
di kawasan pesisiran Laut Mediterranea pada 24 Disember 2015

Sebuah patung batu marmar domba jantan ukiran tangan yang telah dijumpai minggu lepas di kawasan persisiran Laut Mediterranea di Israel telah membuat para pengkaji purba meneka siapakah yang telah mengukir patung itu.

Isnin, 28 Disember 2015

Damai, Pengharapan Dan Sukacita Dapat Kurangkan Bunuh Diri

Kebaktian Krismas di SIB Likas. Berdiri tiga dari kiri ialah Rev Jerry Dusing (Foto Daily Express)

Pastor Dr. Paul Ang
(Foto Daily Express)
Oleh Mary Chin (The Daily Express):

KOTA KINABALU: Insiden bunuh diri di dunia akan berkurangan dengan banyak jika setiap orang menyambut damai, pengharapan dan sukacita. 

Menyampaikan pandangan ini, Pastor Dr. Paul Ang dari Gereja SIB di Kuala Lumpur berkata mesejnya ialah jika orang memiliki damai di hati, dan pengharapan, sebab untuk hidup, maka akan ada sukacita dan tujuan dalam hidup sehingga mereka ghairah akan kehidupan setiap hari. 

Jumaat, 25 Disember 2015

Sultan Johor Mengucapkan Selamat Hari Krismas Kepada Penganut Kristian

Sultan Johor Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

PETALING JAYA: Sultan Johor Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengucapkan "Selamat Hari Krismas" kepada semua penganut Kristian di Malaysia.

Adenan Ulangi Kristian Boleh Guna 'Allah'

Gambar dari Facebook "Rakan BestNye Sarawak"

KUCHING: Umat Kristian di Sarawak pasti lega dengan jaminan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sekali lagi berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ dan kitab Injil.

Khamis, 24 Disember 2015

Bagaimana Kedatangan Kristian Telah Menyelamatkan Satu Bangsa Di Sarawak Dari Terpupus


Oleh Johannan Sim (Cilisos.com):

Selain daripada tema Krismas mengenai sukacita, pengampunan dan penebusan, Alkitab juga menyatakan bahawa Yesus Kristus telah datang ke dunia untuk mencari dan menyelamatkan jiwa-jiwa yang tersesat.

Kami tidak akan memberitahu kisah itu dalam artikel ini. Namun begitu kisah ini mengandungi banyak mengenai mencari dan menyelamat. 

Tiada Sambutan Krismas Di Brunei


Bandar Seri Begawan: Perayaan Krismas bakal disambut esok, tetapi tiada pokok dihiasi lampu berwarna-warni atau topi Santa Claus di Brunei selepas sambutan berkenaan diharamkan di negara itu.

Selasa, 22 Disember 2015

5 Tahun Penjara Jika Muslim Brunei Sambut Krismas

(Foto Free Malaysia Today)

BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei telah mengisytiharkan bahawa siapa pun yang merayakan Natal boleh menghadapi hukuman penjara lima tahun, menurut laporan, sebagaimana disiar oleh The Telegraph.

Sabtu, 19 Disember 2015

Seminar UiTM 'Singgung Perasaan' Masyarakat Kristian

Seminar "Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi" yang telah dianjurkan
di kampus UiTM di Lendu, Melaka pada 12 Disember 2015.

Masyarakat Kristian terus meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan seminar “Ancaman Gerakan Pemurtadan Kristianisasi” yang dianjurkan di kampus UiTM di Lendu, Melaka, minggu lalu.

Selasa, 15 Disember 2015

Peserta Pusingan Akhir "The Voice" Jordan Smith: "Imanlah Yang Telah Memberi Saya Kekuatan Dan Sukacita"

Jordan Smith, salah seorang peserta pusingan akhir "The Voice"

Samada dia memenangi pertandingan menyanyi "The Voice" atau tidak, peserta Kristian Jordan Smith tidak syak lagi adalah bintang dengan caranya yang sendiri.

Pusingan akhir "The Voice" Musim ke-9 telah jadualkan pada Selasa 15 Disember 2015.

Isnin, 14 Disember 2015

Pesta Krismas Jadikan UMS Contoh IPT Terbaik Di Malaysia

Madius semasa gimik perasmian acara tersebut

KOTA KINABALU:.Penganjuran Pesta Krismas edisi ke-4 menjadikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai contoh kepada universiti di Malaysia yang mengutamakan dan cintakan perpaduan. 

Ahad, 13 Disember 2015

Sejarah 7 Lagu Karol Krismas Yang Sering Didengar

Natal dikhususkan untuk merayakan kelahiran Sang Juruselamat, Yesus Kristus yang telah lahir ke dunia menjadi manusia. Saat Natal menjelang, kita akan sering mendengar lagu Natal. Lagu tersebut akan dinyanyikan ketika di gereja, ataupun di rumah.

Melalui artikel ini Menginspirasi.com akan mengajak anda mengenal 7 lagu Natal yang sering diputar. Anda siap? Berikut adalah lagu-lagu tersebut:

Koir Anderson School, Jakarta menyanyikan :Jingle Bells"

Khamis, 10 Disember 2015

Mengapa Yesus Jauh Lebih Baik Daripada Santa Klaus


Santa tinggal di Kutub Utara...
YESUS ada di mana-mana.

Santa menaiki kereta rusa...
YESUS mengendarai udara
dan berjalan di atas air.

Selasa, 8 Disember 2015

5,000 Akan Sertai Perarakan Krismas Di Serian Ahad Ini

Jawatankuasa penganjur perarakan Krismas Serian selepas mesyuarat mereka pada hari Rabu.
Setiausaha Rudae Minuk di tempat duduk, empat dari kiri (Foto The Borneo Post)

SERIAN - Kira-kira 5,000 orang akan menyertai Perarakan Krismas Serian yang dijadualkan pada Ahad ini sempena kenaikan taraf daerah ini kepada pentadbiran bahagian terbaru di negeri Sarawak.

Isnin, 7 Disember 2015

"Singing Christmas Tree" Tertinggi Membuat Pertunjukan Menarik

Anggota-anggota koir dari Sekolah Tinggi Mona Shores, Michigan berdiri di atas pokok
Singing Christmas Tree sambil membuat latihan seragam penuh pada 2 Disember 2015

Pokok Krismas yang amat besar dan berhias sambil satu koir pelajar menyanyikan lagu-lagu karol pada hari-hari menjelang Krismas bukanlah sesuatu yang ganjil. Tetapi yang menjadi luar dari kebiasaan adalah pokok amat tinggi yang diperbuat dari keluli itu dihiasi dengan kalungan, lampu berkerlipan dan beratus remaja.

"Singing Christmas Tree" (Pokok Krismas Bernyanyi) Mona Shores menggabungkan semua unsur biasa dalam satu pertunjukan yang luar biasa yang akan menarik beribu-ribu penonton hujung minggu ini. Pokok setinggi 67 kaki ini mempunyai 25,000 lampu, 5,000 kaki panjangnya perhiasan tumbuhan hijau, dan 15 tingkat, di mana lebih kurang 220 anggota koir berdiri. Kira-kira 50 lebih lagi pelajar lagi bernyanyi dari kedudukan berdekatan kaki pokok itu. 

Sabtu, 5 Disember 2015

10,000 Peserta Dijangka Menyertai Perarakan Krismas Kuching

Gambar fail band Boys' Brigade semasa perarakan tahun lepas.

KUCHING: Lebih kurang 10,000 peserta dari Gereja Methodis, Roman Katolik, Anglikan, Baptis, Sidang Injil Borneo, Seventh Day Adventist, Salvation Army, dan Gereja-gereja dari Persekutuan Pastor-Pastor Kuching akan mengambil bahagian dalam Perarakan Krismas tahunan hari ini (5 Disember).

"Itulah Maksud Sebenar Krismas, Charlie Brown!"

Linus mengucapkan ayat-ayat dari Injil Lukas untuk menjawab soalan
Charlie Brown mengenai maksud sebenar Krismas

Lebih daripada lima puluh tahun yang lalu, filem animasi A Charlie Brown Christmas (Hari Krismas Charlie Brown), telah julung kalinya disiarkan sebagai rancangan televisyen di Amerika. Beberapa eksekutif rangkaian berfikir bahawa rancangan tersebut tidak akan dipedulikan, dan beberapa orang lagi berasa risau sekiranya ayat-ayat Alkitab yang disebut akan menyinggung perasaan penonton. Beberapa orang pula menginginkan pencipta cerita tersebut, Charles Schulz, mengeluarkan kisah mengenai Krismas daripada rancangan tersebut, tetapi dia tetap mahu cerita Krismas itu dimasukkan. Rancangan tersebut berjaya menjadi kegemaran dan telah ditayangkan berulang kali setiap tahun sejak tahun 1965.

Jumaat, 4 Disember 2015

14 Tahun Selepas Menerima Hadiah Kotak Kasut Krismas, Gadis Filipina Berkahwin Dengan Jejaka Yang Menghantarnya


Kisah cinta "Shoebox Christmas" (Hadiah Kotak Kasut Krismas) ini telah diterbitkan oleh Good News Network pada 26 November tahun yang lalu...

Joana mendapat hadiah kotak kasut Krismas
Apabila seorang anak kecil perempuan Filipina menerima kotak kasut Krismas penuh dengan hadiah pada tahun 2000, dia tidak membayangkan bahawa pada suatu hari nanti dia akan bertemu dengan budak lelaki berusia 7 tahun dari Idaho, yang telah membungkus hadiah itu di sebuah pekan kecil 7,000 batu jauh dari tempatnya. 

Dan dia tidak pernah bermimpi bahawa dia akan mengahwini budak lelaki Amerika itu, kini sudah dewasa, 14 tahun kemudian.

Khamis, 3 Disember 2015

Ahli-Ahli Kaji Purba Menemukan Kesan Cop Mohor Raja Hizkia


Ahli-ahli kaji purba Israel telah menemukan satu kesan cop dari cop mohor Raja Hizkia, raja yang dikisahkan dalam Alkitab, yang telah membantu membina Yerusalem menjadi sebuah metropolis kuno.," begitu dilaporkan oleh Religion News. 

Rabu, 2 Disember 2015

5 Sebab Tim Tebow Tidak Lakukan Seks Sebelum Nikah

Pemain American Football Tim Tebow dan bekas Miss Universe Olivia Culpo

Oleh Dave Willis:

Pada minggu ini, media sosial panas dengan kisah viral putus hubungan antara satu lagi pasangan selebriti, tetapi putus hubungan ini kelihatan jauh berbeza daripada kebanyakan yang lainnya. Bekas pemain NFL dan orang Kristian yang lantang bersuara, Tim Tebow, telah dilaporkan ditinggalkan oleh Supermodel dan Bekas Miss Universe, Olivia Culpo. Punca yang telah dilaporkan untuk putus hubungan ini adalah kerana Tebow tidak berganjak dari sumpahnya memelihara kesuciannya dalam seks sehingga pernikahan. Ini telah menyebabkan dunia tertanya-tanya: "Apakah yang menyebabkan seorang lelaki menolak mengadakan seks dengan seorang wanita jelita yang dia cintai dan sewaktu mereka sudah dalam hubungan berpacaran yang komited?"

Selasa, 1 Disember 2015

Miss Universe Putuskan Hubungan Dengan Tim Tebow Kerana Pendirian Tim Yang Menolak Seks Sebelum Nikah

Bekas juara Miss USA dan Miss Universe, Olivia Culpo dan pemain American football Tim Tebow

Tim Tebow telah ditinggalkan secara rasmi oleh bekas juara Miss USA dan Miss Universe.

Dan punca untuk putus hubungan itu?

Telah disahkan bahawa pemain quarterback American football dan Kristian terkemuka itu telah ditinggalkan kerana dia enggan menjalinkan hubungan seks.