Rabu, 20 April 2016

Alkitab Versi Borneo (AVB) Sudah Diterbitkan!


Alkitab Versi Borneo sudah diterbitkan! Alkitab terjemahan baru ini telah dirasmikan dan dilancarkan oleh Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah, Reverend Datuk Jerry Dusing di Gereja Good News di Kota Kinabalu semalam. Rev. Datuk Jerry juga merupakan seorang pengasas Literature and Bible Network (LAB) yang telah mengambil insiatif untuk memimpin projek penghasilan Alkitab ini. 

Alkitab Versi Borneo (AVB) ini akan dijual di kedai-kedai buku Kristian. Menurut seorang kawan, AVB sudah boleh didapati daripada Kedai Buku Scripture Union (SU) di Wisma Merdeka, Kota Kinabalu. 

 AVB di Google Play
AVB juga boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play dengan applikasi Android "Borneo Bible." 

(Setakat ini hanya untuk telefon Android saja, iPhone belum lagi). 


Beberapa fakta penting mengenai Alkitab Versi Borneo (AVB):

1. AVB adalah terjemahan baru Alkitab dalam Bahasa Malaysia.

2. Bertujuan menyediakan sebuah Alkitab dengan terjemahan yang tinggi mutunya dan utuh dalam kesarjanaan Alkitabiah.

3. Literature and Bible Network (LAB) yang terdiri daripada orang-orang Borneo telah mengambil inisiatif untuk memimpin projek penghasilan AVB.

4. Telah mengambil 15 tahun untuk menyiapkan Alkitab ini. Proses penterjemahan telah bermula pada tahun 1998.

5. Diusahakan oleh sekumpulan penterjemah yang pakar dalam seni bahasa untuk menyerlahkan keindahan bahasa dalam terjemahan AVB.

6. Disemak oleh ahli-ahli linguistik dan perunding bahasa teks asal untuk memastikan ketepatan terjemahan.

7. Dirasmikan dan dilancarkan pada 19 April 2016 oleh Reverend Datuk Jerry Dusing di Gereja Good News, Kota Kinabalu.

Puji syukur kepada Tuhan atas usaha Literature and Bible Network (LAB) dan semua pihak yang terbabit dalam penghasilan Alkitab Versi Borneo (AVB) ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas segala usaha dan penat lelah anda dalam menyiapkan projek yang besar dan penting ini!