Khamis, 5 Mei 2016

Fakta-Fakta Menarik Mengenai Pengguna Facebook Di Malaysia


Facebook telah membantu menghubungkan orang di sekeliling dunia dan merapatkan hubungan di antara ahli-ahli keluarga, kawan-kawan dan para pelanggan. Syarikat gergasi media sosial itu telah membuka pejabatnya di Malaysia baru-baru ini, dengan pelancaran rasmi di pejabat mereka di KL Sentral semalam. 

Tujuan pejabat tempatan ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia dan perniagaan-perniagaan tempatan berhubung dengan lebih berkesan lagi. Semasa pelancaran itu, beberapa fakta menarik telah dimaklumkan mengenai kepenggunaan Facebook di Malaysia:


  • 18 juta orang, yang merupakan 81% daripada jumlah 22.2 juta pengguna internet di Malaysia, menggunakan Facebook setiap bulan.

  • 12 juta orang menggunakan Facebook secara harian, dengan 94% daripada mereka mengakses rangkaian media sosial itu melalui telefon pintar mereka.

  • Pengguna-pengguna di Malaysia dua kali lebih kemungkinannya untuk "Like" sesuatu Page berbanding dengan purata global.

  • Pengguna-pengguna di Malaysia menduduki tempat ke-10 secara global untuk jumlah kawan terbanyak di Facebook.

  • Pengguna-pengguna di Malaysia mempunyai 60% lebih kawan daripada purata global di Facebook.
  
  
Pelancaran rasmi pejabat Facebook di Malaysia di KL Sentral pada 4 Mei 2016


(Sumber: Next Shark dan The Star Online)