Sabtu, 7 Mei 2016

Inilah Misi Anda: Operasi KEJADIAN



 Inilah Misi Anda: Operasi KEJADIAN 

Sebelum memulakan Misi ini, cuba dapatkan Alkitab Versi Borneo (boleh dimuat turun secara percuma app "Borneo Bible" dari Google Play ke telefon Android).

5 Arahan Untuk Menjayakan Misi ini:

1. Matlamat Misi: Baca buku Kejadian dalam 15 hari.

2. Strategi Misi: Baca 3 atau 4 fasal sehari. 

Kita hanya perlukan 15-20 minit untuk membaca 3 atau 4 fasal sehari. Jika kita melakukan itu, kita akan dengan mudah selesai membaca Kejadian dalam tempoh 15 hari (dan jika diteruskan, selesai membaca seluruh Alkitab dalam setahun!)

3. Taip "Mula Misi":   Taip "Mula Misi" di ruangan komen Facebook di bawah bila anda mula membaca.

4. Taip "Separuh Misi": Taip "Separuh Misi" apabila anda sudah membaca 25 fasal.

5. Taip "Selesai Misi": Taip "Selesai Misi" apabila anda sudah selesai membaca kesemua 50 fasal.

Ini adalah Misi Peribadi Anda! Anda tidak harus membandingkan diri anda dengan orang lain. Ada yang bermula lebih awal, ada yang bermula terkemudian, tetapi anda bukan berlumba dengan mereka. Anda sebenarnya berlumba untuk mencapai Misi Anda – Operasi Kejadian!

Berlarilah dengan mata yang tertuju kepada Yesus, sehingga anda mencapai garis penamat Misi Anda!
   
"SELAMAT MENJALANKAN MISI ANDA"