Isnin, 13 Jun 2016

"In Christ Alone" - Imannya Christina Grimmie

Penyanyi Christina Grimmie

Dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi muda Christina Grimmie, 22 tahun telah ditembak mati selepas sebuah konsert di Plaza Live Theater, Orlando tiga hari yang lepas. Berikut ialah terjemahan catitan Conrad Close mengenai Christina yang diterbitkan oleh American Crossroads pada 11 Jun 2016.

Dunia telah kehilangan satu bakat yang menakjubkan dan seorang gadis yang mengkagumkan semalam, tetapi koir syurgawi pula mendapat satu lagi suara yang hebat. Christina Grimmie adalah bakat yang jarang-jarang ditemui - seorang gadis jelita dengan suara yang mengkagumkan. Dia juga adalah seorang Kristian yang komited dengan kesaksian yang kuat. Sambil kita berkabung atas kematiannya, umat Kristian boleh menguatkan hati dengan ingatan bahawa kita akan bertemu dengannya lagi suatu hari nanti. 

Kita tidak sering menemukan bakat-bakat yang sedang meningkat dalam dunia hiburan yang benar-benar serius dalam iman mereka, tetapi Christina Grimmie adalah contoh yang berbeza. Melihat sepintas lalu akaun media sosialnya saja akan menunjukkan bahawa dia tidak segan untuk memberitahu dunia mengenai Yesus. Ketika dia menyertai The Voice, Grimmie telah menghantar Tweet ini:

Tetapi dia tidak menjadi Kristian hanya ketika menjadi tumpuan ramai. Imannya telah menjadi bahagian penting dalam hidupnya dari permulaan lagi. Dua tahun sebelum dia melayakkan diri ke pertandingan The Voice, dia telah mencatitkan doa ini di Twitter:

Catitan-catitan Twitternya penuh dengan pujian kepada Tuhan dan kesyukuran atas berkat-Nya dalam hidupnya:

Memang sukar untuk memahami hati seseorang dengan hanya membaca catitan Twitternya, tetapi mereka yang mengenali Christina secara peribadi juga bersaksi mengenai iman peribadinya yang kuat. T. J. Wilkins yang juga telah menjadi peserta dalam The Voice, menulis, "Apa yang saya paling ingat mengenai Christina adalah perbualan kami mengenai iman dan kasih Kristus."

Christina menggunakan pentas yang telah diberikan oleh Tuhan kepadanya untuk berkongsi Injil dengan setiap orang yang dia dapat sampaikan, seringkali dengan cara yang berkuasa. Dia telah merakamkan lagu "In Christ Alone" pada Hari Kebangkitan Yesus pada tahun 2012. Anda pasti akan tersentuh dengan lagu ini.



Di bawah video itu, Grimmie telah menulis, "YESUS KRISTUS ADALAH JURUSELAMAT DAN TUHAN SAYA dan saya tidak malu mengenai hal ini." Apabila dia menyanyi, "Till He returns, or calls me home / Here in the power of Christ I stand," dia tidak menyangka bahawa Tuhan benar-benar akan memanggilnya pulang hanya empat tahun kemudian.

Di mana pun anda mencari, Christina Grimmie telah meninggalkan kesaksian yang kuat. Tetapi mungkin pelajaran yang terbesar datang daripada sesuatu yang telah dihantarnya melalui Twitter lebih 3 tahun sebelum kematiannya:

Sambil kita semua berkabung atas kematiannya, saya berdoa agar kita akan mengingati mesej tweet itu. Seperti yang telah dihantar Christina melalui Twitter pada Ogos lepas, "God has a plan for everything" (Tuhan mempunyai rencana untuk segalanya). Kita mungkin tidak faham kenapa Tuhan mengizinkan Christina diambil daripada kita pada usia yang begitu muda. Tetapi itu tidak bererti bahawa kita harus berhenti mempercayai-Nya. Menurut Riley McDonough, seorang anggota band yang mengikuti jelajah bersama Christina, beberapa ahli keluarga McDonough telah berdoa bersama Christina sejurus sebelum dia dibunuh. Doa itu telah ditutupi dengan "God is good," dan Christina telah menambah, "All the time."

Christina Grimmie adalah seorang gadis yang mengkagumkan, dan kita dapat belajar banyak daripada hidupnya yang singkat. Semoga Tuhan memberkati dan memberi penghiburan kepada keluarga dan kawan-kawan dengan satu keyakinan bahawa Christina kini sedang memuji Tuhan dengan koir malaikat di syurga. Itulah suara yang saya ingin dengarkan satu hari nanti.

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel American Crossroads bertajuk, "In Christ Alone: The Faith Of Christina Grimmie" penulisan Conrad Close bertarikh 11 Jun 2016)