Rabu, 21 September 2016

5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Ben-Hur


Crosswalk.com telah menghasilkan video yang menarik mengenai filem Ben-Hur (lihat video di bawah):

5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Ben-Hur

1. Ben-Hur telah Dikaryakan sebagai Respons kepada seorang Ateis.

Sebelum ianya menjadi filem, Ben-Hur asalnya adalah sebuah novel bersejarah. Ianya telah ditulis oleh seorang peguam dan bekas jeneral tentera Union di Amerika yang bernama Lew Wallace. 

Selepas satu perbualan yang mencabar dengan seorang ateis yang terkenal, Wallace menyedari betapa sedikitnya dia memahami Kekristianan. Dia mengambil keputusan untuk mempelajari segala yang dia dapat mengenai Alkitab, dengan draf awal Ben-Hur sebagai cetusan persoalan dan pemikirannya sendiri. 

2. Buku itu telah menjadi Kejayaan Besar.

Diterbitkan pada November 1880, Ben-Hur dengan cepat menjadi novel paling laris di Amerika. Ianya mengatasi Uncle Tom's Cabin, dan hanya diatasi lagi selepas penerbitan Gone With The Wind (pada 1936).





3. Wajah Yesus Tidak Pernah Dilihat Dalam Filem Charlton Heston.

Walaupun Yesus muncul berkali-kali sepanjang filem itu, para penonton hanya dapat melihat tangan, kaki dan bahagian belakangnya. Pembikin filem Ben-Hur (1959) berfikir bahawa ini akan menitikberatkan lagi hadirat Tuhan, tanpa kehilangan sebarang misteri atau kekudusan-Nya.

Ianya berjaya. Babak-babak yang menggambarkan Kristus masih kekal antara yang paling berkuasa dalam sejarah perfileman.

4. Semuanya ada Empat Adaptasi dalam Bentuk Filem.

Versi Ben-Hur 1959 sebenarnya adalah adaptasi ketiga dari novel Lew Wallace yang menjadi kesayangan ramai. Terdapat dua adaptasi filem tanpa suara (satu pada 1907 dan satu lagi pada 1925). sebelum penghasilan filem yang memenangi Anugerah Oscar pada 1959.  

5. Ben-Hur yang Baru adalah sebuah Projek Kristian.

Oleh kerana Ben-Hur sesungguhnya adalah kisah rahmat Tuhan, ianya memberi keyakinan bahawa adaptasi baru ini akan diterbitkan oleh Mark Burnett dan Roma Downey. Pasangan suami isteri Hollywood ini telah mengelolakan beberapa projek Kristian termasuk siri mini The Bible yang mendapat pencalonan Emmy.
  
Mesej Khas dan Treler Ekslusif Ben-Hur



(Diterjemahkan daripada video dalam artikel Crosswalk.com bertajuk, "5 Things You Didn't Know About Ben-Hur" bertarikh 19 Ogos 2016)