Isnin, 26 September 2016

Applikasi Alkitab Versi Borneo Untuk iPhone Sudah Disiapkan!


Berita baik untuk para pengguna iPhone dan iPad!  

"Alkitab Versi Borneo - terbaharu, bermutu tinggi, dalam bahasa lancar dan menawan - kini tersedia untuk iPhone/iPad di Apple Store (iTunes).

Versi pra-pelancaran kini tersedia untuk dimuat turun...

Muat turunlah sekarang dan harap anda dapat memberi maklumbalas kepada admin@borneosabda.org."

Menurut catitan di Apple Store (iTunes) applikasi itu telah dimuat naik beberapa hari lepas pada 22 September 2016 oleh Borneo Sabda Limited.  

Sebelum ini applikasi AVB untuk telefon yang menggunakan Android telah disediakan di Play Store sejak April 2016.  

Saya juga menerima makluman bahawa AVB dalam Laman Web juga akan datang sedikit masa lagi!