Isnin, 19 September 2016

Watak-Watak Utama Dalam Filem Baru "Ben-Hur"


Ben-Hur sedang ditayangkan di pawagam Malaysia. Berikut ialah watak-watak utama dalam filem Ben-Hur:


Judah Ben-Hur
Judah Ben-Hur (dilakonkan oleh Jack Huston) adalah watak utama dalam filem ini. Berbangsa Yahudi dari keturunan bangsawan. Mempunyai seorang adik angkat, Messala yang berbangsa Rom. Judah dan keluarga kemudiannya telah dikhianati oleh Messala, dan Judah merancang untuk membalas dendam.

Messala
Messala (dilakonkan oleh Toby Kebbell), adalah adik angkat Judah. Berbangsa Rom, dia menyertai tentera Rom, dan kemudiannya telah dihantar kembali untuk bertugas di Yerusalem. Dia menjatuhkan hukuman ke atas Judah dan keluarganya setelah insiden Pontius Pilatus diserang semasa menunggang kuda di kota Yerusalem.
  
Ilderim
Ilderim (dilakonkan oleh Morgan Freeman), adalah seorang syeikh yang mencari keuntungan dari perlumbaan kereta berkuda. Dia menyelamatkan Judah yang terdampar di pantai. Dia mengajukan kepada Judah untuk membalas dendam terhadap Messala dalam perlumbaan kereta berkuda yang berbahaya. 

Esther
Esther (dilakonkan oleh Nazanin Boniadi) adalah wanita yang dikasihi Judah, yang kemudian dikahwininya. Setelah mereka bertemu kembali beberapa tahun kemudian (setelah Judah terlepas daripada kapal perhambaan Rom), Esther menggesa Judah untuk melepaskan dendamnya terhadap Messala.

Jesus
Jesus (dilakonkan oleh Rodrigo Santoro) adalah watak yang telah ditemui oleh Judah beberapa kali dalam perjalanan hidupnya. Pertemuan akhirnya dengan Yesus di ambang penyaliban-Nya telah mengubah seluruh hidup Judah. Akhirnya, Judah dapat melepaskan kebencian yang terbuku di hati selama bertahun-tahun.


Hebat filem ini, sudahkah anda menontonnya?

Nota: Dalam filem Ben-Hur yang ditayangkan di Malaysia, babak-babak yang melibatkan Yesus tidak ditunjukkan. Anda boleh menonton watak Yesus dalam treler di bawah.

Treler filem "Ben-Hur" (2016)