Ahad, 9 Oktober 2016

Rozita Othman Adalah Kristian, Bukan Murtad

Ahli parlimen Fuziah Salleh menjelaskan bahawa wanita yang telah dikebumikan
di perkuburan Kristian di Kuantan adalah Orang Asli

PETALING JAYA: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini meminta rakyat untuk berhenti menyebarkan maklumat palsu mengenai seorang wanita bernama Rozita Othman yang telah dikebumikan di Perkuburan Kristian Taman Gelora, Kuantan.

Fuziah, dalam satu kenyataan hari ini, menerangkan bahawa Rozita adalah Orang Asli Kristian dari Kampung Soi, Kuantan. 

"Ini telah disahkan oleh sijil kematiannya. Maklumat ini juga telah disahkan oleh sepupunya di Facebook," dia memuatkan di Facebook.   

Sebelum ini, kekecohan timbul di media sosial apabila Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat memuat naik sekeping foto di Facebook, dengan kata-kata iringan yang mendakwa seorang wanita Melayu telah murtad dan telah dikuburkan di perkuburan itu. 

FMT mendapati bahawa status itu telah diedit dan Saiful telah memohon maaf.  

(Diterjemah daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Rozita Othman Is Christian, Not 'Murtad'" bertajuk 6 Oktober 2016)