Sabtu, 12 November 2016

Pengganas-Penganas Yang Menculik Misionari Amerika Dan Membunuh Suaminya Telah Terima Yesus Sebagai Juruselamat

"Tuhan menulis kisah-kisah yang benar-benar bagus."

Kata-kata itu datang dari Gracia Burnham, seorang misionari Amerika yang bersama suaminya, Martin dan 18 orang lagi, mengharungi keadaan yang teruk di tangan kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Filipina yang telah menculik mereka pada 2001, dan telah menahan mereka selama setahun di hutan pulau Mindanao. Mereka akhirnya telah diselamatkan oleh tentera Filipina pada Jun 2002. Namun begitu, usaha penyelamatan itu telah mengakibatkan pembunuhan suaminya Martin.

Bercakap kepada Mission Network News (MNN), Burnham berkata terdapat perkembangan yang ajaib sejak dia mendapat kembali kebebasannya dari Abu Sayyaf 14 tahun yang lalu.

"Tuhan menulis kisah-kisah yang benar-benar bagus. Semua itu boleh terjadi di Filipina dan saya tidak akan tahu pun mengenainya, tetapi Tuhan mengizinkan saya untuk mengetahui sebahagian daripadanya, dan saya sangat bersyukur kerana itu," katanya.

Ketika melawat Filipina baru-baru ini, dia berkata dia mendapat tahu bahawa sebilangan militan Abu Sayyaf yang telah menawan mereka masih lagi ditahan di penjara kawalan ketat di Manila.

Sepasang misionari suami dan isteri yang melayani di penjara memberitahu Burnham bahawa empat daripada banduan Abu Sayyaf itu "telah mengenali Yesus sebagai Juruselamat mereka." 

Bagi dirinya, Burnham berkata pengalaman dahsyatnya telah mengubah hidupnya. "Saya fikir jika anda menanya kepada anak-anak saya, mereka akan memberitahu anda bahawa ibu yang keluar dari hutan sudah berbeza dari yang memasukinya," dia berkata.

"Saya dulunya benar-benar orang yang berprinsip jelas mengenai apa yang baik dan apa yang buruk. Kemudian secara tiba-tiba kejadian yang paling buruk berlaku pada saya, dan saya melihat diri saya di takuk paling rendah dan saya melihat dosa saya dan kebencian saya terhadap orang-orang itu (penculik-pencuik mereka), dan itu mengejutkan. Jadi apabila saya melihat diri saya yang sebenarnya, ketika itulah saya memahami rahmat Tuhan dengan cara yang sungguh baru," dia menerangkan.

MNN bertanya kepadanya bagaimana pengalaman hidupnya telah mempengaruhi pandangannya mengenai misi.

"Saya fikir falsafah saya mengenai misi ialah anda hanya mengasihi orang dan anda mengundang mereka melihat keadaan anda. Anda memberitahu kisah anda dan apa yang Tuhan telah lakukan untuk anda - dan bagaimana Tuhan juga boleh bekerja dalam hati dan hidup mereka," Burnham berkata.

Dia berkata dia mempunyai doanya sendiri untuk orang-orang Kristian yang bekerja di misi merbahaya di luar negara. 

"Saya berdoa mereka ada tempat tinggal malam ini, mereka ada bantal untuk membaringkan kepala, ada selimut agar mereka tidak kesejukan, secawan kopi dengan gula di dalamnya - sesuatu yang akan memberkati mereka, sesuatu yang mendorong mereka dari Firman Tuhan.... Mereka perlukan perkara-perkara yang asas, jadi doa saya untuk mereka sangat ringkas: Tuhan berikan mereka apa yang mereka perlukan hari ini, makanan seharian mereka, dan beri mereka sesuatu sebagai sandaran daripada-Mu hari ini untuk mendorong hati mereka dan supaya mereka tahu bahawa, 'Tuhan ada di sini bersama denganku.'"     

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "'My Abu Sayyaf Kidnappers Have Come To Know Jesus As Their Savior,' Says U.S. Missionary Gracia Burnham" yan ditulis oleh Hazel Torres bertarijh 11 Nov 2016)