Rabu, 11 Januari 2017

10 Sebab Mengapa Tan Sri Adenan Satem Memenangi Hati Rakyat Sarawak

 
Artikel laman The Coverage bertarikh 9 Mei 2016 telah menyenaraikan 10 sebab mengapa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah memenangi hati rakyat Sarawak. 

1. Dia Berikrar Membasmi Nepotisme

Adenan adalah menteri pertama di Sarawak yang pernah menandatangani ikrar integriti di mana dia komited untuk tidak memberi anugerah kontrak awam kepada ahli-ahli keluarganya.

Agak biasa kerajaan lama Sarawak dan bekas Ketua Menteri Taib Mahmud memberikan kontrak kepada rakan-rakan dan keluarga, walaupun mereka telah menafikan dakwaan ini selama bertahun-tahun.

2. Dia Berjanji Memulihkan Kuasa Autonomi Sarawak

 
Walaupun Sarawak adalah salah satu daripada 13 negeri di Malaysia, terdapat perbezaan dari segi budaya dan tradisi antara Borneo dan Semenanjung. Ramai juga yang tidak berpuas hati bahawa kerajaan persekutuan telah sebahagian besarnya mengabaikan rayuan untuk penambahbaikan, hanya muncul apabila pilihanraya mendatang. Sejak Jun lalu, Adenan telah lantang bersuara mengenai pemulihan hak-hak autonomi Sarawak.

Pemulihan kuasa autonomi akan menjadikan Sarawak lebih berdaya saing, dan Adenan telah membuktikan dirinya berkemampuan apabila dia berkata dia telah berjaya merundingkan penurunan kuasa kepada Sarawak dengan memperoleh 13 peruntukan memperkasakan pentadbiran – termasuk keperluan Putrajaya untuk berunding dengan mereka, apabila menyentuh undang-undang yang mungkin memberi kesan kepada mereka.

3. Dia Jadikan Bahasa Inggeris Bahasa Rasmi Di Sarawak

 
Pada November 2015, Adenan mengumumkan Sarawak akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi pentadbiran negeri, selain daripada Bahasa Malaysia. Keputusan kontroversi itu mendapat kritikan dari pelbagai pihak, dengan ramai menuduh beliau tiada semangat kebangsaan atau patriotik.

Dia tidak ambil kisah, dan menyatakan “Sama ada mereka di Semenanjung bersetuju dengan saya atau tidak, saya tidak peduli.” Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa beliau bukan tidak patriotik, hanya praktikal dan logik. Walaupun ramai dari Malaysia Barat tidak gembira, ternyata bahawa rakyat Sarawak sendiri memuji keputusan itu.

4. Dia Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)

 
UEC adalah ujian kelayakan bagi sekolah-sekolah Cina persendirian  yang setaraf dengan STPM atau O-Level, dan kerunsingan utama untuk pelajar-pelajar sekolah-sekolah ini adalah sijil itu tidak diiktiraf oleh negeri-negeri lain di Malaysia, dan dengan itu pelajar-pelajar perlu mengambil KEDUA-DUA peperiksaan.

5. Dia Membenarkan Penggunaan ‘Allah’ Oleh Kristian


Walaupun Semenanjung Malaysia telah secara rasmi mengharamkan penggunaan perkataan “Allah” oleh orang bukan Islam, Adenan mengubah keputusan itu di Sarawak, berikrar bahawa dia tidak akan mengganggu bagaimana orang bukan Islam mengamalkan agama mereka.

“Anda boleh menggunakan ‘Allah’ bila-bila masa yang anda mahu. Tiada masalah. Hanya gunakannya dengan hormat. ” beliau berkata.

6. Dia Mempertahankan Semua Bangsa, Menjauhi Perkataan ‘Pendatang’

 
Kumpulan pelampau Melayu di Malaysia suka memanggil kaum bukan Melayu sebagai pendatang, walaupun sebahagian daripada orang-orang Melayu, Cina dan India telah tinggal di negara untuk bergenerasi, merangkumi beratus-ratus tahun.

Semasa Tahun Baru Cina awal tahun ini, Adenan telah memberi penghormatan kepada orang Cina atas sumbangan mereka kepada negara, dan memberitahu komuniti itu bahawa mereka berhak menganggap Malaysia sebagai rumah mereka.

“Anda bukan pendatang. Jika mana-mana rakan-rakan anda dari Semenanjung memanggil anda pendatang, jangan hiraukan mereka. Anda adalah rakyat Malaysia berketurunan Cina, ini adalah tanah lahir anda,” beliau dilaporkan berkata dalam satu majlis.

7. Dia Mengubah Penggelaran Bangsa ‘Lain-Lain’ Dalam Borang Rasmi Kerajaan

 
Kaum asal Sarawak – kaum Dayak terpaksa menahan penghinaan memilih ‘lain-lain’ dalam borang rasmi mereka, walaupun mereka adalah penduduk asal di Sarawak.

Adenan memainkan peranan yang penting dalam memastikan status bangsa rasmi mereka, dan kabinet akhirnya meluluskan ‘Dayak’ sebagai kategori dalam borang rasmi kerajaan sementara memutuskan untuk memansuhkan penggunaan kategori ‘lain-lain’ kaum dalam borang kerajaan.

8. Pemansuhan Semua Tol Di Sarawak

 
Pihak pembangkang telah membangkitkan perkara itu, dan kerajaan persekutuan telah berjanji untuk memansuhkannya (tetapi akhirnya melanjutkannya), tetapi Adenan yang sebenarnya telah memansuhkan tol di negeri itu. Tol terakhir di Sarawak beroperasi pada malam Tahun Baru 2015, dan sejak hari bersejarah itu tiada sebarang tol lagi di Sarawak.

9. Perjuangan Menentang Rasuah

 
Adenan telah memulakan kempen besar untuk menyelamatkan baki hutan hujan Sarawak dengan menghentikan pembalakan haram. Pada akhir 2014, Adenan telah mengumpulkan tauke besar enam syarikat pembalakan yang terbesar di negeri ini, KTS, Rimbunan Hijau, Samling, Shin Yang, Ta Ann dan WTK untuk bermesyuarat di mana beliau menuduh secara terbuka mereka menggunakan amalan “rasuah”.

Adenan menyifatkan keadaan rasuah di Sarawak sebagai “sangat buruk, mencerminkan apa pegawai penguatkuasa tidak lakukan.”

“Ada, sudah tentu tidak semua, mereka berpura-pura tidak tahu. Sebabnya amat mudah; sama ada mereka adalah bodoh, pengecut atau makan rasuah,” beliau dipetik berkata.

Beliau sebelum ini telah mengumumkan bahawa Sarawak akan memperlengkapi 50 pegawai penguatkuasa Jabatan Perhutanan dengan senjata untuk memerangi pembalakan haram dan rasuah.

10. Pelaburan Asing Berkembang Di Bawah Pemerintahannya

 
Apabila Adenan Satem mula-mula mengambil alih jawatan Ketua Menteri pada 2014, beliau mengumumkan belanjawan lebihan dengan simpanan sebanyak RM27 bilion.

Pada tahun 2014, kerajaan Sarawak turut mengumumkan RM7.9 bilion pelaburan langsung asing (FDI) di kalangan semua negeri-negeri di Malaysia, mengatasi negeri Johor yang menduduki tempat kedua pada RM6.7 bilion.

Negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang tidak setanding dengan Sarawak, dengan negeri-negeri itu dilaporkan mengalami defisit bajet yang besar pada 2015.

(Dipetik dan diterjemahkan berdasarkan terjemahan oleh Al daripada artikel The Coverage bertajuk, "10 Reasons Why Adenan Satem Is Winning The Hearts Of Sarawakians" yang ditulis oleh thecinnaboy bertarikh 9 Mei 2016). 

-----------------------------------