Ahad, 19 Februari 2017

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Membuat Kenyataan Rasmi Berkenaan Pastor Yang Hilang

Susanna dan suaminya Pastor Raymond Koh

PETALING JAYA: Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menyeru kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan yang pantas dan menyeluruh berkenaan dakwaan penculikan Pastor Raymond Koh Keng Joo dan membawa penjenayah-penjenayah itu ke penghakiman. 

Pengerusinya, Rev. Dr. Eu Hong Seng berkata persekutuan itu amat bimbang berkenaan isu itu kerana ianya difahamkan bahawa Koh bekerja rapat dengan Komuniti Harrapan dan orang-orang yang memerlukan.

"Kerja-kerja pengamal-pengamal agama dalam komuniti-komuniti seperti ini mestilah bebas daripada ancaman keganasan dan intimidasi. Dengan itu, kami mendoakan kejayaan penguatkuasaan polis dan pegawai-pegawai penyiasat untuk mencari dan membawanya kembali dengan selamat.

"Sementara itu, kami berharap Tuhan akan membuka hati penculik-penculiknya untuk melepaskan Koh kembali kepada keluarganya tanpa cedera," Eu berkata dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam perkembangan berasingan, keluarga Koh telah merayu kepada mana-mana saksi untuk tampil ke hadapan untuk membantu siasatan dan telah menawarkan satu ganjaran RM10,000 untuk maklumat yang membawa kepada perlepasan Koh.

"Saya ingin merayu kepada mereka yang telah mengambil suami saya untuk mengembalikannya dengan selamat dan tanpa kecederaan kepada saya dan anak-anak saya.

"Oleh kerana penculikan itu berlaku di kawasaan kediaman dan semasa siang hari, saya dan keluarga saya bersedia menawarkan satu ganjaran kepada sesiapa yang dapat membantu memberi maklumat dalam insiden yang menyedihkan ini," kata isteri Koh, Susanna Liew Sow Yoke.

Koh, yang kali terakhir dilihat memakai baju T berleher polo berwarna kuning air dan seluar panjang kelabu gelap, telah diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan Bahagia di antara 10.30 pagi dan 10.45 pagi pada hari Isnin. Kedua-dua Koh dan kereta yang dipandunya masih kehilangan sehingga kini. 

Pada 2011, Koh yang merupakan pengarah eksekutif kumpulan masyarakat Komuniti Harapan menghadapi isu dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) apabila dia menganjurkan satu acara pelbagai kaum yang dihadiri oleh orang-orang Islam dan bukan Islam di Damansara Utama Methodistt Church di sini. 

Acara itu telah diganggu apabila Jais yang diiringi oleh polis membuat serbuan di gereja itu berikutan dakwaan bahawa kumpulan penganjur telah mengadakan pertemuan itu untuk menarik orang-orang Islam masuk Kristian. 

Isu itu akhirnya reda akibat kekurangan bukti berkenaan dakwaan-dakwaan itu. 

Sesiapa yang memiliki maklumat boleh menghubungi atau WhatsApp Jonathan pada nombor 011-39732670. 

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Sun Daily bertajuk "Christian Federation of Malaysia Appeals For Release Of Missing Pastor" yang ditulis oleh Adrian Phung bertarikh 19 Februari 2017)