Rabu, 26 Julai 2017

Dengarlah Radio Kristian Online Dari Malaysia


Di Malaysia belum ada stesen radio Kristian ke udara. Seorang lelaki Sabah, Ronnie Vun sedang mengemukakan permohonan semakan kehakiman untuk membenarkannya menjalankan stesen radio Kristian di Sabah dan Sarawak. Kes itu akan didengar di mahkamah pada 28 Julai ini. 

Namun begitu, terdapat beberapa radio Kristian yang dijalankan secara online di Malaysia. Berikut adalah 3 radio Kristian online dari Malaysia (update 8 Feb 2018):


RADIO PELITA HIDUP FM (RPHFM) 

Radio Pelita Hidup FM

Radio Pelita Hidup FM (RPHFM) - ditubuhkan pada April 2011 - merupakan radio rohani Kristian dari Sabah yang boleh didengar secara online selama 24 jam tanpa henti. Terdapat lebih 1000 lagu pujian & penyembahan dari pelbagai bahasa yang diputarkan sebagai pengisian harian anda. 

Jika anda ada sebarang lagu rohani atau ciptaan yang ingin diputarkan di Radio Pelita Hidup FM, anda boleh hubungi Facebook Rphfm Crew atau emailkan di rphfm.radio@gmail.com.


RADIO HOLISTIC MINISTRY (RHM)

Radio Holistic Ministry (RHM) telah dilancarkan pada Januari 2018. RHM diasaskan dan diterajui oleh Rev David K Rumanggi dan disokong oleh ahli-ahli lembaga pengarah dari pelbagai denominasi di Sabah. Memuatkan lagu-lagu pujian dan penyembahan dari pelbagai bahasa.

Anda boleh klik link di bawah untuk mendengar Radio Holistic Ministry (RHM):
RHEMA RADIO

Rhema Radio, dilancarkan pada Disember 2016, berbeza dari dua radio Kristian di atas kerana ianya disiarkan dalam bentuk podcast mingguan dan kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris. Podcast akan dimuatkan pada setiap Sabtu meliputi khutbah pendek oleh pastor tempatan, kesaksian dari orang Kristian di Malaysia, dan persembahan lagu Kristian oleh penyanyi dan band Kristian tempatan. 

Anda boleh klik link di bawah untuk mendengar Rhema Radio:


-----------------------

Itulah di antara stesen-stesen radio Kristian online dari Malaysia, Jika ada stesen online lain dari Malaysia yang anda kenal, sila maklumkan saya melalui inbox Facebook saya di sini

Terima kasih dan kongsikanlah info mengenai stesen-stesen radio online ini dengan kawan-kawan Kristian anda!