Sabtu, 12 Ogos 2017

Acara KKR Dengan Ps Philip Mantofa Diadakan Di Penampang


BERITA TERBARU: Acara Kebaktian Kebangunan Rohani (KKR) bersama Ps Philip Mantofa pada 15-16 September telah dipindahkan ke Stadium Kompleks Sukan Penampang. Acara dua malam berjudul "Neraka Itu Nyata" dan "Malam Roh Kudus" itu yang pada asalnya dirancang diadakan di Padang Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu telah diubah tempat penganjuran ke lokasi baru itu.

Pihak penganjur Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah telah memaklumkan dalam surat pekeliling menyatakan bahawa pertukaran tempat mengadakan acara itu tidak dapat dielakkan oleh kerana pertembungan bagi Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada tarikh yang sama dan tempat yang berdekatan dengan lokasi acara SIB itu.

Para pastor dan penatua gereja-gereja SIB telah diminta menyampaikan dengan cepat dan berkesan berita perubahan lokasi itu kepada ahli-ahli gereja mereka. 

Butir-butir mengenai acara KKR itu boleh diperolehi daripada poster baru acara itu di bawah: