Rabu, 16 Ogos 2017

Jangka Hayat Wanta Lebih Panjang Daripada Lelaki Di Malaysia


PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia kini hidup lebih lama dengan wanita menikmati jangka hayat yang lebih panjang dengan lima tahun lebih panjang daripada lelaki, begitu kata Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. 

Butir-butir itu berdasarkan data jangka hayat yang telah dianalisakan oleh Jabatan Perangkaan, tambahnya.

"Jangka hayat rakyat Malaysia pada 2017 bertambah ke 78.8 tahun. Apa yang menarik adalah wanita di sini hidup lebih lama daripada lelaki," katanya pada pelancaran data "Malaysia in Figures" oleh Jabatan Perangkaan semalam. 

Jangka hayat telah meningkat lebih dari 4 tahun berbanding 74,7 tahun pada tahun lepas. 

Jangka hayat wanita adalah 77.4 tahun berbanding dengan 72,7 tahun untuk lelaki.

Dia menambah bahawa data itu juga menunjukkan bahawa seorang bayi dilahirkan pada setiap minit di negara ini sementara 18 kematian dilaporkan pada setiap jam.

Mengenai populasi negara, Abdul Rahman berkata Malaysia kini mempunyai penduduk lebih daripada 32.1 juta orang sehingga Jun tahun ini.

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Star bertajuk, "Malaysian Women Have Longer Lifespan Than Men" bertarikh 16 Ogos 2017)