Ahad, 7 Januari 2018

Gereja Cina Methodist Kota Bharu Dibaling Bom Petrol


Sebuah gereja di Jalan Hamzah, Kota Bharu telah dibaling bom petrol kira-kira jam 12 tengahari tadi begitu dinyatakan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanudin Hassan menurut catitan Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS yang telah dimuat naikkan 2.30 petang tadi. 

Catitan itu juga menyatakan bom petrol itu telah dibaling dari flyover yang betul-betul di depan gereja.

Foto di tempat kejadian menunjukkan papan tanda gereja tersebut iaitu Gereja Cina Methodist Kota Bharu di Kelantan.


(Sumber laporan dan foto dari Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS bertarikh 7 Januari 2018)