Khamis, 25 Januari 2018

Kisah Di Sebalik Lagu "Heal Our Land" - Kari Jobe


Artis CCM, Kari Jobe telah mendedahkan bahawa dia telah menulis lagu "Heal Our Land" setelah Tuhan memberikannya sebuah mimpi "profetik."

"Saya mendapat mimpi ini semasa jelajah bahawa ianya sedang hujan di dalam sebuah gereja," Jobe memberitahu Fox News mengenai lagu itu, yang muncul dalam album terbarunya, "The Garden."

"Ianya seperti air yang suci di seluruh lantai gereja itu - yang seperti mencuci lantainya, tetapi ianya adalah suci dan bersih. Ianya tidak keruh dan kotor seperti yang kita mungkin bayangkan," katanya.

"Bila saya terjaga dari tidur, rasanya seperti profetik," kata Jobe. "Rasanya seperti Tuhan sedang mengatakan, sebagai peringatan, bahawa Dia ingin kembali untuk mempelai perempuan yang kudus dan yang tanpa cela," dia berkata merujuk kepada hubungan Yesus dengan gereja di Perjanjian Baru. "Dia ingin kembali untuk kita, tapi kita belum berada di tahap itu."

Jobe, yang telah menjadi hos Anugerah Tahunan Dove ke-48 bulan lepas, telah menulis lagu penyembahan itu bersama kawannya, penyanyi dan penulis lagu Brooke Ligertwood. 

"Saya memberitahunya bahawa saya ingin menulis sesuatu mengenai gereja, mempelai Kristus kembali kepada apa yang kita seharusnya. Kamu tahu, dengan apa yang sedang berlaku di dunia sekeliling kita - apa yang kita boleh doakan, apa yang gereja dapat nyanyikan yang akan benar-benar membantu."

Jobe berkongsi bahawa lagu itu berdasarkan 2 Tawarikh 7:14 yang berbunyi, "Dan umat-Ku, yang atasnya nama-Ku disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Ku, lalu berbalik dari jalan-jalannya yang jahat, maka Aku akan mendengar dari sorga dan mengampuni dosa mereka, serta memulihkan negeri mereka."


"Lagu itu seterusnya adalah sebenarnya satu doa untuk dinyanyikan oleh gereja, untuk memiliki hati yang suci, untuk bersatu, bukan berpecah, bukan menentang apa-apa tetapi untuk mendukung apa yang Tuhan mahu kita lakukan," dia menjelaskan.

Penyanyi itu berkata dia percaya lagu itu mendapat respon yang positif daripada begitu ramai orang kerana "terdapat begitu banyak perkara yang tidak diketahui kini, dan begitu banyak ketakutan yang dihadapi orang, dan dengan apa yang sedang terjadi di negara kita." 

"Apa yang benar-benar istimewa adalah jelajah ini hampir seperti kami membawa air berbaldi-baldi kepada orang ramai, dan membantu mereka rasa disegarkan, dan merasa, 'Oh ya, aku tidak perlu menanggung ini sendiri, tetapi Tuhan ada untukku,' dan bahawa mereka diingatkan mengenai kuasa iman dan kuasa doa," katanya. 

"Dan bahawa Tuhan digerakkan oleh iman. Oleh itu lagu seperti 'Heal Our Land' dan mendeklarasikan kata-kata mengenai Tuhan, kami berdoa, kami merendahkan diri, kami mencari wajah-Mu. Tuhan katakan jika kita lakukan itu, Dia akan pulihkan negeri kita, dan saya fikir mereka mengalami itu pada malam-malam penyembahan ini." 

Dia berkata pada akhirnya, "Yesus benar-benar adalah jawapannya."

"Saya tahu orang sering mengatakan itu, tapi itu benar-benar adalah kebenaran," katanya. "Dan mesej salib mudah difahami, Kadang-kadang orang cuba menjadikannya kompleks atau mengenai peraturan itu dan ini, tetapi ianya bukanlah seperti itu. Ianya adalah mengenai hubungan dengan Yesus." 


(Dipetik dan diterjemah dari artikel The Gospel Herald bertajuk, "Kari Jobe Reveals the 'Prophetic Dream' That Inspired Hit Song 'Heal Our Land'" yang ditulis oleh Leah Marieann Klett bertarikh 27 Oktober 2017)